Melakukan ujian ke atas neonatal untuk penyakit sel sickle

Penyakit sel sickle adalah diwarisi dan mempunyai kesan kepada merreka yang terutamanya berasal dari Afrika. Sel-sel darah merah yang berbentuk abnormal (sabit) dan boleh membawa kepada komplikasi yang mengancam nyawa. Kesannya adalah bahaya untuk beberapa tahun pertama kehidupan memandangkan kanak-kanak yang terlibat berisiko tinggi mengalami jangkitan yang serius. Antibiotik dan imunisasi dapat mengurangkan risiko jangkitan dan sekiranya status penyakit ini diketahui, rawatan boleh diberikan awal. Saringan bayi-bayi membolehkan diagnosis dibuat awal dan rawatan jugan dapat diberikan awal. Saringan awal juga mungkin mempunyai kesan-kesan yang memudaratkan. Ulasan ini bertujuan bagi mengkaji samada saringan awal dapat membawa kepada kesan morbiditi dan mortalliti yang kurang berbanding dengan dengan diagnosis berdasarkan simptom penyakit. Pengarang-pengarang tidak dapat mencari kajian yang menilai manfaat dan kemudaratan saringan. Terdapat bukti bahawa memulakan rawatan awal adalah bermanfaat. Rawatan awal dapat dilakukan dengan melakukan saringan pada tempoh neonatal. Terdapat beberapa laporan dalam penerbitan yang bukan berdasarkan kajian, yang mencadangkan bahawa saringan bayi baru lahir adalah sesuai berdasarkan bukti yang ada. Pengamal perubatan perlu menilai sama ada laporan-laporan ada kaitan dengan amalan dan situasi mereka apabila membuat keputusan sama ada hendak melakukan penyaringan SCD dalam tempoh neonatal ataupun tidak. Garis panduan amalan boleh dibuat dari hasil keputusan kajian rawak terkawal prospektif. Kajian sedemikian mungkin dianggap tidak beretika memandangkan manfaat terbukti bagi rawatan pencegahan awal dengan penisilin untuk kanak-kanak . Tidak terdapat sebarang kajian yang dimasukkan dalam ulasan ini dan kami belum mengenalpasti sebarang kajian yang berkaitan sehingga Julai 2008. Oleh itu, kami tidak merancang untuk mengemas kini ulasan ini sehingga kajian baru diterbitkan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Foo Sook Lee (Penang Medical College). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi fslee@pmc.edu.my.

Tools
Information