Langkau ke kandungan utama

Skala untuk menilai kesakitan dalam kalangan bayi yang baru lahir

Mesej utama

Kakitangan klinikal harus sedar bahawa skala penilaian yang sedia ada untuk menilai kesakitan dalam kalangan bayi yang baru lahir mempunyai kualiti yang sangat rendah. Terdapat keperluan untuk mengembangkan skala ini lebih jauh.

Apakah itu skala penilaian klinikal?

Oleh sebab bayi yang baru lahir tidak dapat menyatakan kesakitan mereka dengan kata-kata, kakitangan perlu menilai kesakitan mereka dengan melihat tingkah laku dan tanda-tanda penting mereka. Banyak skala penilaian berbeza yang boleh digunakan untuk tujuan ini, dengan menilai kesakitan bayi melalui, misalnya, kekerapan jantung, ekspresi wajah, dan pergerakan badan.

Apakah yang kami ingin ketahui?

Kami ingin menerangkan skala penarafan sedia ada dan menilai kualitinya.

Apakah yang kami lakukan?

Kami mencari pangkalan data untuk kajian yang telah mengembangkan atau menguji skala penilaian untuk menilai kesakitan dalam kalangan bayi yang baru lahir.

Apakah yang kami temui?

Kami menyertakan 79 kajian yang melibatkan sejumlah 7197 bayi, 326 jururawat, dan 12 doktor. Dua puluh tujuh skala penarafan yang berbeza telah digunakan dalam kajian-kajian tersebut. Penilaian kami mendapati semua skala penarafan mempunyai kualiti sangat rendah.

Apakah batasan bukti?

Walaupun jumlah kajian yang disertakan agak tinggi, bukti-bukti tersebut berserakan merentasi sejumlah besar skala penilaian kesakitan klinikal yang disertakan dan aspek metodologi yang berbeza yang ingin kami ukur. Ini mengakibatkan hanya beberapa kajian yang tersedia untuk setiap aspek pengukuran kami yang berasingan. Bukti untuk aspek metodologi yang paling penting dalam skala penarafan adalah berkualiti yang sangat rendah, lalu menghalang sebarang kesimpulan yang kuat.

Sejauh manakah bukti ini terkini?

Bukti adalah terkini sehingga Julai 2023.

Nota terjemahan

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Syed Amirfaiz (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia). Disunting oleh Mohamad Masykurin Mafauzy (Universiti Sains Malaysia).

Petikan
Färnqvist K, Olsson E, Garratt A, Paraskevas T, Soll RF, Bruschettini M, Persad E. Clinical rating scales for assessing pain in newborn infants. Cochrane Database of Systematic Reviews 2025, Issue 4. Art. No.: MR000064. DOI: 10.1002/14651858.MR000064.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan