Langkau ke kandungan utama

Suplemen karnitin untuk orang yang menghidap penyakit buah pinggang kronik yang memerlukan dialisis

Apakah isunya?

Kekurangan karnitin adalah masalah penting dalam pesakit penyakit buah pinggang kronik (CKD) yang memerlukan dialisis. Kekurangan karnitin yang berkaitan dengan dialisis boleh memburukkan lagi simptom intradialitik (cth simptom otot termasuk kekejangan dan kelemahan otot, dan hipotensi) dan komplikasi kronik kegagalan buah pinggang (cth anemia). Namun, perkara ini tidak diketahui sama ada suplemen karnitin boleh meningkatkan gejala kekurangan karnitin yang berkaitan dengan dialisis.

Apakah yang telah kami lakukan?

Kami mencari kesusasteraan perubatan untuk semua kajian rawak yang dijalankan pada suplemen karnitin terhadap pesakit CKD yang memerlukan dialisis. Matlamat kami adalah untuk menentukan sama ada suplemen meningkatkan kualiti hidup (QoL) dan gejala akibat kekurangan karnitin. Kami juga menilai sama ada suplemen karnitin selamat dari segi kejadian buruk. Kepastian bukti dinilai menggunakan Penggredan Pengesyoran, Penilaian, Pembangunan dan Penilaian (GRADE).

Apakah yang kami temui?

Kami mengenal pasti 52 kajian dengan sejumlah 3398 pesakit CKD yang menjalani dialisis. Kami tidak dapat menentukan kesan L-karnitin terhadap kualiti hidup (QoL) dan gejala akibat kekurangan karnitin berkaitan dialisis. L-karnitin boleh memperbaiki anemia terhadap pesakit ini. Tambahan pula, bukti untuk kesan buruk suplemen L-karnitin dalam populasi pesakit ini sangat terhad.

Kesimpulan

Kami mendapati bahawa kesan suplemen karnitin berkenaan dengan QoL, skor keletihan, kekejangan otot, dan hipotensi intradialitik masih tidak jelas. L-karnitin boleh meningkatkan penanda berkaitan anemia (paras hemoglobin dan nilai hematokrit) terhadap pesakit CKD yang memerlukan dialisis. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menilai keberkesanan dan keselamatan suplemen karnitin dalam populasi pesakit ini.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Muhammad Amirul Iman bin Ahmad Rizal. Disunting oleh Mohamad Masykurin Mafauzy (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Petikan
Nishioka N, Luo Y, Taniguchi T, Ohnishi T, Kimachi M, Ng RCK, Watanabe N. Carnitine supplements for people with chronic kidney disease requiring dialysis. Cochrane Database of Systematic Reviews 2022, Issue 12. Art. No.: CD013601. DOI: 10.1002/14651858.CD013601.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan