Langkau ke kandungan utama

Adakah senaman pengukuhan membantu dalam rawatan orang dengan tendinopati patelar (lutut pelompat)?

Mesej utama

— Bukti penggunaan latihan pengukuhan untuk merawat tendinopati patelar (sakit di bahagian depan lutut yang melibatkan tendon) adalah tidak pasti, menjadikannya sukar untuk membuat kesimpulan yang kukuh.

— Bagi atlet, kami sangat tidak pasti sama ada senaman dapat kurangkan sakit berbanding tanpa rawatan. Senaman pengukuhan boleh memberi sedikit atau tiada perbezaan fungsi berbanding tanpa rawatan; dan sedikit atau tiada perbezaan fungsi dan tahap sakit berbanding suntikan glukokortikoid (ubat anti-radang).

— Adalah tidak jelas jika senaman ini lebih baik daripada pembedahan untuk mengurangkan sakit atau memperbaik fungsi. Para atlet melaporkan kejayaan rawatan yang sama dan kembali bersukan dengan latihan pengukuhan dan pembedahan.

Apakah tendinopati patelar?

Orang dengan tendinopati patelar (lutut pelompat) serbing mengalami sakit dan kerengsaan apabila tendon ditekan di bahagian hadapan lutut (menghubungkan otot ke tulang). Ini sering mempengaruhi orang beraktiviti yang memerlukan lompatan berulang, brek, menendang atau berlari. Tendinopati patelar boleh mengakibatkan ketidakupayaan atlet dan bukan atlet, dan juga mengimpak prestasi olahraga serta kelanjutan kerjaya.

Bagaimanakah tendinopati patelar di rawat?

Salah satu rawatan utama untuk tendinopati patelar ialah senaman, terutamanya senaman pengukuhan. Pilihan lain termasuk ubat anti-radang (seperti suntikan glukokortikoid) dan, dalam sesetengah kes, pembedahan. Rawatan tambahan yang telah termasuklah suntikan plasma kaya platelet (komponen pekat darah yang disuntik ke dalam lutut), terapi ultrasound (mengguna gelombang bunyi untuk kurangkan sakit dan penyembuhan sokongan), terapi laser (menggunakan cahaya terfokus untuk kurangkan sakit dan bengkak, dan mempercepat penyembuhan), dan terapi kejutan gelombang (menggunakan gelombang bunyi bertenaga tinggi untuk merangsang penyembuhan dan mengurangkan sakit).

Apakah yang kami lakukan?

Kami mencari kajian-kajian yang membandingkan senaman dengan rawatan yang lain (seperti tanpa rawatan, ubat anti-radang (contohnya, suntikan glukokortikoid ), dan pembedahan dalam kalangan orang dengan tendinopati patelar. Kami mengumpul data tentang sakit, fungsi, kejayaan rawatan, kualiti hidup, kembali bersukan dan kesan yang tidak diingini , serta menilai keyakinan kami terhadap keputusan.

Apakah yang kami temui?

Kami temui tujuh kajian yang diterbitkan antara 1989 dan 2022, yang dilapor dalam bahasa Inggeris. Dua kajian adalah dari Norway, dan masing-masing satu dari Denmark, Jerman, Greece, Poland, dan AS.

Penemuan utama

Tahap sakit (diukur antara 0 dan 100, skor yang lebih rendah bermakna kurang sakit) dinilai pada akhir rawatan.

Kami sangat tidak pasti sama ada senaman dapat kurangkan sakit berbanding tanpa rawatan.

-Peserta dalam kumpulan senaman menilai tahap sakit mereka sebanyak 27 mata.

-Peserta dalam kumpulan tanpa rawatan menilai tahap sakit mereka sebanyak 62 mata.

Senaman boleh memberi sedikit atau tiada perbezaan kepada tahap sakit berbanding suntikan glukokortikoid.

-Peserta dalam kumpulan senaman menilai tahap sakit mereka sebanyak 24 mata.

-Peserta dalam kumpulan suntikan glukokortikoid menilai tahap sakit mereka sebanyak 18 mata.

-Kami sangat tidak pasti sama ada senaman dapat kurangkan sakit berbanding pembedahan.

-Peserta dalam kumpulan senaman menilai tahap sakit mereka sebanyak 13 mata.

-Peserta dalam kumpulan pembedahan menilai tahap sakit mereka sebanyak 17 mata.

Fungsi (diukur antara 0 dan 100, skor lebih rendah bermakna fungsi yang lebih baik ) dinilai pada akhir rawatan.

Senaman boleh memberi sedikit atau tiada perbezaan fungsi berbanding tanpa rawatan.

-Peserta dalam kumpulan senaman menilai tahap kesakitan lutut mereka sebanyak 72 mata.

- Peserta dalam kumpulan tanpa rawatan menilai fungsi lutut sebanyak 65 mata.

Senaman mampu memberi sedikit atau tiada perbezaan fungsi berbanding suntikan glukokortikoid.

-Peserta dalam kumpulan senaman menilaifungsi lutut mereka sebanyak 76 mata.

-Peserta dalam kumpulan suntikan glukokortikoid menilai fungsi lutut mereka sebanyak 82 mata.

Kami sangat tidak pasti sama ada senaman mengurangkan fungsi berbanding pembedahan.

-Peserta dalam kumpulan senaman menilai fungsi lutut mereka sebanyak 52 mata.

Peserta dalam kumpulan pembedahan menilai fungsi lutut mereka sebanyak 45 mata.

Kejayaan rawatan (diukur dari −5 hingga +5, +5 bermakna peningkatan maksimum) di nilai pada akhir rawatan.

Senaman boleh memberi sedikit atau tiada perbezaan kejayaan rawatan berbanding pembedahan.

-Peserta dalam kumpulan senaman menilai tahap kejayaan mereka sebanyak 1.7 mata.

-Peserta dalam kumpulan pembedahan menilai kejayaan mereka sebanyak 0.2 mata.

Kadar kembali bersukan diukur pada bulan ke 12.

Senaman mampu memberi sedikit atau tiada perbezaan kepada kadar kembali bersukan berbanding pembedahan.

– 85 daripada 100 orang kembali bersukan selepas rawatan senaman .

– 86 daripada 100 orang kembali bersukan selepas pembedahan.

Apakah batasan bukti?

Keberkesanan latihan pengukuhan untuk atlet adalah tidak pasti. Terdapat beberapa kajian dengan kualiti yang berbeza-beza, dengan bilangan peserta kajian yang kecil. Semua kajian hanya disertai oleh atlet, oleh itu keputusannya mungkin tidak terpakai kepada orang bukan atlet. Tiada kajian melaporkan kesan yang tidak diingini.

Adakah bukti ini mutakhir?

Bukti adalah terkini sehingga 5 September 2023.

Nota terjemahan

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Mohd Azizuddin Amir Shariffuddin (Hospital Kuala Lumpur). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Universiti Manipal Malaysia).

Petikan
Lopes AD, Rizzo RRN, Hespanhol L, Costa LOP, Kamper SJ. Exercise for patellar tendinopathy. Cochrane Database of Systematic Reviews 2025, Issue 5. Art. No.: CD013078. DOI: 10.1002/14651858.CD013078.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan