Langkau ke kandungan utama

Saringan histeroskopi dalam kalangan wanita bermasalah kesuburan yang ingin hamil spontan, dan sebelum persenyawaan in vitro

Soalan ulasan

Untuk menilai keselamatan dan manfaat saringan histeroskopi terhadap hasil reproduktif dalam kalangan wanita yang cuba hamil spontan, dan yang menjalani rawatan persenyawaan in vitro (IVF).

Latar belakang

Dalam kalangan wanita yang bermasalah untuk hamil, atau mereka yang mengingini rawatan kesuburan seperti inseminasi intrauterus atau IVF, adalah dicadangkan histeroskopi (visualisasi bahagian dalam rahim melalui teleskop) mungkin memperbaik kejayaan. Ultrasound rutin yang dibuat semasa pemeriksaan mungkin tidak dapat mengesan keabnormalan kecil di dalam rahim yang mungkin dikesan dan dirawat serentak melalui histeroskopi. Ia juga boleh meningkatkan kejayaan dengan memudahkan inseminasi atau pemindahan embrio dengan dilatan laluan ke uterus (dilatasi serviks) atau akibat efek calar pada endometrium (lapisan uterus) yang membantu memperbaik implantasi embrio (pelekatan kepada lapisan uterus).

Ciri-ciri kajian

Bagi wanita yang ingin hamil spontan, kami mendapati satu kajian (200 wanita). Bagi wanita yang menjalani IVF, kami sertakan sepuluh kajian (3750 wanita). Semua kajian menilai kesan-kesan saringan histeroskopi berbanding tanpa histeroskopi. Bukti adalah terkini sehingga September 2018.

Keputusan utama

Dalam kalangan wanita yang ingin hamil spontan, histeroskopi dikaitkan dengan peluang hamil lebih tinggi bagi hamil klinikal yang sedang berlangsung dan hamil klinikal dalam satu kajian yang berisiko bias tinggi. Kajian tersebut melaporkan tiada peristiwa buruk selepas histeroskopi. Kadar keguguran lebih tinggi selepas histeroskopi.

Dalam kalangan wanita yang menjalani IVF, kajian-kajian yang disertakan mencadangkan saringan histeroskopi terlebih dahulu memperbaik peluang kelahiran hidup atau kehamilan klinikal. Walau bagaimanapun, peristiwa buruk berikutan histeroskopi tidak dilapor dengan baik, oleh itu, kami tidak dapat menilai keselamatan intervensi ini. Bagi wanita di klinik biasa dengan kadar kelahiran hidup 22%, saringan histeroskopi dijangka menghasilkan kadar kelahiran hidup di antara 25% dan 32%. Tiada peningkatan risiko keguguran selepas histeroskopi.

Kami mendapati tiada kajian dalam kalangan wanita yang menjalani inseminasi intrauterus.

Kualiti bukti

Kualiti bukti adalah sangat rendah dari satu kajian melibatkan wanita yang cuba untuk hamil spontan.

Terdapat kualiti bukti yang rendah bagi saringan histeroskopi yang dibuat sebelum IVF, boleh meningkatkan peluang kelahiran hidup atau kehamilan klinikal, dan kualiti bukti sangat rendah tentang peristiwa buruk selepas histeroskopi. Kualiti bukti dikurangkan kerana risiko bias dan keheterogenan statistik.

Nota terjemahan

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Denise Chai (RCSI & UCD Malaysia Campus). Dikemaskini. Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Universiti Manipal Malaysia).

Petikan
Kamath MS, Bosteels J, D'Hooghe TM, Seshadri S, Weyers S, Mol BWJ, Broekmans FJ, Sunkara SK. Screening hysteroscopy in subfertile women and women undergoing assisted reproduction. Cochrane Database of Systematic Reviews 2019, Issue 4. Art. No.: CD012856. DOI: 10.1002/14651858.CD012856.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan