Langkau ke kandungan utama

Ubat-ubatan diabetes untuk mencegah penyakit strok dan saluran darah lain pada orang yang mengalami serangan strok sebelumnya atau serangan iskemia

Soalan

Kami ingin menilai keberkesanan dan keselamatan ubat diabetes baru (agonis gamma reseptor yang diaktifkan oleh peroxisome proliferator (PPAR-γ)) dalam pencegahan penyakit strok dan saluran darah yang berkaitan dengan orang yang telah mengalami strok atau serangan iskemia sementara.

Latar belakang

Agonis gamma reseptor yang diaktifkan oleh peroxisome proliferator adalah ubat-ubatan yang meningkatkan cara insulin kerja dalam tubuh manusia. Ia digunakan secara meluas dalam rawatan jenis diabetes dewasa (diabetes jenis 2). Selain itu, ia juga boleh melindungi terhadap kehadiran lemak yang berlebihan dalam darah dan penyakit dinding arteri, yang merupakan faktor risiko strok.

Ciri-ciri kajian

Kami mengenal pasti lima kajian hingga 1 Januari 2022 termasuk sejumlah 5039 peserta. Empat kajian menilai ubat pioglitazone, dan satu kajian yang menilai rosiglitazone. Empat kajian melibatkan peserta yang tidak mempunyai sejarah diabetes, dan satu kajian hanya melibatkan peserta dengan diabetes.

Keputusan utama

Berbanding tablet plasebo, agonis PPAR-γ mengurangkan penyakit strok berulang dan penyakit saluran darah yang lain, meningkatkan tindak balas badan terhadap insulin, dan menstabilkan lemak di dinding arteri. Ubat-ubatan itu juga kelihatan diterima dengan baik, tetapi bukti untuk ini tidak dapat disimpulkan.

Kualiti bukti kajian

Kesimpulan ini harus ditafsirkan dengan berhati-hati memandangkan bilangan kajian yang terlibat adalah sedikit dan sesetengah kajian ini memiliki kualiti yang terhad. Kajian rawak terkawal yang direka dengan baik dan mempunyai saiz sampel yang besar adalah diperlukan.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Hospital Sultanah Aminah). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Petikan
Liu J, Wang L-N. Peroxisome proliferator-activated receptor gamma agonists for preventing recurrent stroke and other vascular events in people with stroke or transient ischaemic attack. Cochrane Database of Systematic Reviews 2023, Issue 1. Art. No.: CD010693. DOI: 10.1002/14651858.CD010693.pub6.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan