Langkau ke kandungan utama

Rejimen heparin untuk mengelakkan arterial thrombosis dalam kanak-kanak yang memerlukan kateterisasi jantung

Latar belakang

Kanak-kanak yang mempunyai kecacatan jantung sejak lahir (iaitu, penyakit jantung kongenital) sering menjalani suatu jenis prosedur invasif yang dipanggil kateterisasi jantung, untuk membantu mendiagnosis atau membetulkan keadaan mereka. Prosedur ini terdiri daripada memasukkan tiub plastik yang fleksibel (kateter) ke dalam saluran darah pesakit dan membimbing ia kepada hatinya, di mana pewarna disuntik sebelum gambar jantung diambil. Kanak-kanak yang menjalani prosedur jenis ini mungkin mengalami komplikasi yang tidak diingini dalam arteri yang mana kateter telah dimasukkan. Adalah dianggarkan bahawa kira-kira 1 daripada 5 hingga 10 pesakit mengalami darah beku di arteri (iaitu, thrombosis) dan dengan itu memerlukan rawatan tambahan untuk menghalang darah beku itu daripada berkembang lebih jauh.

Heparin, ubat yang dikenali sebagai 'penipis darah' (iaitu, ubat antikoagulan), yang dimasukkan dalam amalan klinikal sejak 1935, telah digunakan untuk mengurangkan jumlah pembekuan darah arteri semasa kateterisasi jantung. Walau bagaimanapun, dos terbaik heparin yang akan digunakan dalam kanak-kanak semasa kateterisasi jantung masih belum ditentukan.

Keputusan utama

Kajian ini memasukkan dua kajian rawak terkawal yang kecil dengan sejumlah 492 peserta (terkini sehingga 15 Oktober 2019). Kedua-dua kajian ini mendapati bukti yang kurang tepat bahawa risiko pembekuan arteri adalah sama dalam kedua-dua dos yang rendah dan dos yang tinggi kumpulan heparin. Hanya satu kajian yang melaporkan pendarahan dan kekerapan pembekuan dalam vena, yang juga tidak berbeza antara kumpulan. Kesan sampingan heparin selain pendarahan adalah tidak dilaporkan dalam mana-mana kajian.

Kepastian bukti

Kepastian bukti yang diberikan oleh kajian-kajian ini adalah sederhana. Kami merendahkan kepastian bukti dari tinggi kepada sederhana disebabkan oleh saiz dan bilangan kajian yang kecil dan kebimbangan terhadap kaedah yang digunakan (risiko berat sebelah). Lebih banyak kajian yang lebih besar adalah diperlukan untuk menentukan kesan heparin dengan dos yang berbeza.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Adam Linoby (Universiti Teknologi MARA). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Petikan
Avila ML, Shah PS, Brandão LR. Different unfractionated heparin doses for preventing arterial thrombosis in children undergoing cardiac catheterization. Cochrane Database of Systematic Reviews 2020, Issue 2. Art. No.: CD010196. DOI: 10.1002/14651858.CD010196.pub3.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan