Langkau ke kandungan utama

Sasaran glukosa untuk mencegah penyakit buah pinggang akibat diabetes dan progressinya

Apa isunya?

Di kebanyakan bahagian di seluruh dunia, diabetes adalah sebab kegagalan buah pinggang yang paling lazim dan memerlukan rawatan pemindahan buah pinggang atau dialisis. Kehilangan upaya akibat diabetes (buta, kehiladisebabkan oleh paras glukosa darah (gula) yang tinggi. Persoalan utama ialah sama ada rawatan tambahan untuk mengawal paras glukosa darah kepada paras hampir normal boleh mencegah akibat buruk diabetes termasuk jangka hayat yang lebih singkat dan kehilangan fungsi buah pinggang tanpa menyebabkan masalah lain seperti tahap glukosa darah rendah yang menyebabkan hilang kesedaran atau sawan. Antara penjagaan perubatan diabetes ialah kawalan rapi glukosa darah pada paras rendah (diukur dengan ujian darah yang dipanggil HbA1c) melalui penggunaan ubat tambahan dan pemantauan paras glukosa yang rapi dengan bantuan profesional kesihatan.

Apa yang kami lakukan?

Kami meneliti bukti-bukti kawalan glukosa darah yang lebih ketat (glukosa darah yang lebih rendah untuk jangka masa panjang, iaitu HbA1c < 7%) berbanding kawalan glukosa yang kurang ketat (HbA1c > 7%) dalam kalangan mereka yang mempunyai diabetes jenis 1 atau 2. Kawalan glukosa darah dicapai dengan apa sahaja jenis rawatan termasuk pil atau insulin.

Apakah yang kami temui?

Empat belas kajian melibatkan 29,319 orang yang berisiko mengalami komplikasi diabetes telah dimasukkan dan 11 kajian melibatkan 29,141 orang telah dipilih untuk analisis. Secara umum, kawalan glukosa darah yang lebih ketat tidak menunjukkan sebarang manfaat kepada pesakit berbanding kawalan glukosa yang kurang ketat. Tiada perbezaan dalam risiko kegagalan buah pinggang, kematian, atau komplikasi sakit jantung. Sebilangan kecil pesakit (1 dalam 1000 pesakit yang dirawat setahun) mungkin dapat mengelak serangan jantung dengan pengurusan glukosa darah yang lebih ketat. Sesetengah pesakit mungkin mengharapkan kurang kebocoran protein melalui fungsi buah pinggang walaupun manfaat impak klinikal ini kurang jelas untuk jangka masa panjang. Potensi masalah berkaitan rawatan, seperti kesan sampingan dan risiko glukosa darah yang terlalu rendah (hipoglisemia) tidak diukur dalam kajian-kajian tersebut.

Kesimpulan kami

Ulasan ini merumuskan bahawa manfaat kawalan glukosa yang lebih ketat bagi penghidap diabetes untuk jangka masa panjang adalah tidak jelas, dan komplikasi segera pendekatan rawatan ini sukar untuk dipastikan dengan tepat.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Wan Nor Arifin (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wnarifin@usm.my.

Petikan
Ruospo M, Saglimbene VM, Palmer SC, De Cosmo S, Pacilli A, Lamacchia O, Cignarelli M, Fioretto P, Vecchio M, Craig JC, Strippoli GFM. Glucose targets for preventing diabetic kidney disease and its progression. Cochrane Database of Systematic Reviews 2017, Issue 6. Art. No.: CD010137. DOI: 10.1002/14651858.CD010137.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan