Langkau ke kandungan utama

Rawatan farmakologi untuk kemurungan dalam pesakit tumor otak primer

Isu utama

Pesakit tumor otak mungkin mengalami epilepsi, masalah ingatan, dan keletihan. Kemurungan juga adalah biasa, dan doktor mungkin memilih untuk merawatnya dengan antidepresan, kerana antidepresan dianggap berkesan pada pesakit lain. Namun, antidepresan mungkin kurang berkesan, atau boleh menyebabkan lebih banyak kesan sampingan, dalam pesakit tumor otak primer.

Tujuan ulasan

Kami meneliti sama ada ubat-ubatan telah terbukti berkesan, dan adakah ia menyebabkan kesan sampingan yang ketara ketika diberikan untuk merawat kemurungan dalam pesakit tumor otak primer.

Penemuan utama

Kami mencari penulisan jurnal perubatan untuk mencari kajian berkualiti tinggi yang membandingkan keberkesanan mana-mana satu rawatan ubat untuk kemurungan dalam pesakit tumor otak terhadap rawatan lain. Walaupun carian yang menyeluruh, kami tidak dapat menemui apa-apa kajian maka tidak dapat menentukan jika ada ubat yang bermanfaat.

Apakah kesimpulannya?

Kami menyimpulkan bahawa adalah penting untuk meneliti sama ada ubat-ubatan dapat merawat kemurungan dengan selamat dan berkesan dalam pesakit tumor otak primer.

Kualiti bukti

Tidak ada kajian yang layak untuk ulasan ini.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Adam Linoby (Universiti Teknologi MARA). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Petikan
Beevers Z, Hussain S, Boele FW, Rooney AG. Pharmacological treatment of depression in people with a primary brain tumour. Cochrane Database of Systematic Reviews 2020, Issue 7. Art. No.: CD006932. DOI: 10.1002/14651858.CD006932.pub4.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan