Langkau ke kandungan utama

Program komputer untuk promosi kesihatan seksual

Promosi kesihatan seksual adalah cabaran kesihatan awam yang utama. Terdapat potensi besar untuk promosi kesihatan melalui teknologi seperti Internet, tetapi tidak diketahui sama ada intervensi adalah berkesan. Intervensi interaktif berasaskan komputer menyediakan maklumat, dan juga menawarkan maklum balas peribadi. Kami mencari pangkalan data untuk kajian yang percubaan terkawal secara rawak (RCTs) intervensi berasaskan komputer/internet yang bertujuan untuk meningkatkan kesihatan seksual. Kami memasukkan ujian intervensi berasaskan komputer yang disampaikan kepada rakyat pelbagai umur, jantina, orientasi seksual, etnik atau kewarganegaraan. Kajian ini menilai 15 RCT melibatkan 3917 peserta. Hasil kajian menunjukkan bahawa intervensi berasaskan komputer mempunyai kesan yang sederhana dalam meningkatkan pengetahuan rakyat tentang kesihatan seksual berbanding dengan intervensi minima seperti 'amalan biasa' atau risalah. Kami juga mendapati kesan yang kecil ke atas efikasi diri (keyakinan seseorang terhadap keupayaan mereka untuk melakukan tindakan tertentu) seks yang lebih selamat, kesan kecil ke atas niat seks yang selamat, dan juga kesan ke atas kelakuan seksual (seperti penggunaan kondom untuk seksual persetubuhan). Kami mendapati bahawa intervensi berasaskan komputer kelihatan lebih baik daripada intervensi bersemuka untuk meningkatkan pengetahuan kesihatan seksual, tetapi tiada data yang mencukupi untuk menganalisis hasil yang lain. Tiada kajian yang mengukur kemudaratan berpotensi (selain daripada melaporkan kemerosotan dalam hasil). Intervensi berasaskan komputer secara interaktif untuk promosi kesihatan seksual boleh dilaksanakan dalam pelbagai tetapan. Mereka adalah alat yang berkesan untuk belajar tentang kesihatan seksual, dan mereka juga meningkatkan efikasi diri, niat dan tingkah laku seksual, tetapi lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk menentukan sama ada intervensi berasaskan komputer dapat mengubah hasil seperti jangkitan seksual dan kehamilan, untuk memahami bagaimana intervensi mungkin berkesan, dan menilai sama ada ia adalah kos efektif.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Rahimah Zakaria (Universiti Sains Malaysia), Disunting oleh Sharifah Halimah Jaafar (Regency Specialist Hosp Sdn Bhd, JB). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi rahimah@usm.my

Petikan
Bailey JV, Murray E, Rait G, Mercer CH, Morris RW, Peacock R, Cassell J, Nazareth I. Interactive computer-based interventions for sexual health promotion. Cochrane Database of Systematic Reviews 2021, Issue 11. Art. No.: CD006483. DOI: 10.1002/14651858.CD006483.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan