Mesej utama
-
Sedasi menggunakan propofol berbanding dengan sedatif tradisional mungkin meningkatkan masa pemulihan dan skor kepuasan pesakit untuk orang yang menjalani kolonoskopi. Sedatif propofol mempunyai sedikit sehingga tiada kesan terhadap kadar penyiapan kolonoskopi atau komplikasi berbanding dengan sedatif tradisional (opioid atau benzodiazepin, atau kedua-duanya). Kesan pada masa untuk discajl dan skor kesakitan adalah tidak pasti.
-
Sedasi propofol tanpa bimbingan pakar anestesiologi atau kolonoskopi mungkin menyebabkan sedikit pengurangan dalam masa pemulihan berbanding dengan propofol dengan bimbingan oleh pakar anestesiologi. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit atau tiada perbezaan antara kumpulan dalam kadar penyelesaian kolonoscopi, skor kesakitan, kepuasan pelanggan, dan peristiwa pernafasan yang memerlukan intervensi.
-
Kajian tambahan adalah diperlukan dengan lebih banyak orang dan pelaporan berkualiti tinggi bagi mencapai kesimpulan yang kukuh tentang kesan propofol untuk sedasi semasa kolonoskopi berbanding dengan sedatif tradisional, dan melihat kepada hasil untuk sedasi tanpa bimbingan pakar anestesiologi seperti kematian dan kemasukan ke hospital.
Apakah kolonoskopi?
Kolonoskopi ialah prosedur yang biasa digunakan untuk mendiagnosis pelbagai jenis penyakit saluran penghadaman. Satu tiub yang panjang dan fleksibel (kolonoskop) dengan satu kamera video kecil pada pengujungnya yang dimasukkan melalui dubur ke dalam rektum dan usus besar (kolon) untuk mencari penyakit usus termasuk keradangan, jangkitan, polip, atau kanser. Selain menggunakan kolonoskop untuk mengambil gambar dan video untuk membantu dalam diagnosis, sampel tisu (biopsi) juga boleh diambil semasa kolonoskopi. Dalam sesetengah kes, penyingkiran tisu yang lebih meluas, termasuk penyingkiran polip atau kanser peringkat awal, boleh dilakukan semasa kolonoskopi. Ubat-ubatan kerap digunakan untuk menenangkan pesakit supaya mereka boleh bertolak ansur dengan prosedur kolonoskopi dengan selesa.
Apakah yang ingin diketahui?
Kebanyakan kajian membandingkan ubat-ubatan sedatif yang berbeza yang digunakan untuk prosedur ini, dan siapa yang boleh memberikan ubat-ubatan tersebut secara selamat. Kami ingin mengetahui kesan sedasi propofol untuk kolonoskopi dalam pesakit dewasa berbanding dengan sedatif traditional (opioid atau benzodiazepin, atau kedua-duanya). Kami juga telah melihat kepada kesan sedasi propofol berbeza yang diberikan oleh pakar anestesiologi kepada pesakit dewasa yang menjalani kolonoskopi berbanding dengan yang diberikan oleh bukan pakar anestesiologi.
Apakah yang dilakukan?
Kami telah mencari kajian yang membandingkan propofol berbanding dengan sedatif propofol yang diberikan oleh pakar anestesiologi berbanding dengan yang diberikan oleh bukan pakar anestesiologi. Kami membandingkan dan merumuskan hasil kajian dan menilai keyakinan kami terhadap bukti berdasarkan faktor seperti kaedah dan saiz kajian.
Apakah yang ditemukan?
Kami telah mengenalpasti 30 kajian (12,036 orang) yang membandingkan propofol dengan sedatif tradisional, dan tiga kajian (449 orang) yang membandingkan pemberian propofol oleh pakar anestesiologi kepada yang diberikan oleh bukan pakar anestesiologi untuk kolonoskopi. Kajian-kajian telah berlangsung antara 1993 dan 2024.
Keputusan utama
Sedasi dengan propofol untuk kolonoskopi mungkin membawa kepada peningkatan masa pemulihan dan skor kepuasan pesakit. Kesan pada masa untuk discaj dan skor kesakitan adalah tidak pasti. Kadar penyelesaian kolonoskopi, penembusan kolon (tidak sengaja mencucuk lubang pada kolon), dan peristiwa pernafasan (kekurangan oksigen) membawa kepada intervensi perubatan daripada pembekal penjagaan menunjukkan tiada perbezaan dengan propofol berbanding sedatif traditional. Sedasi propofol tanpa bimbingan pakar anestesiogi atau kolonoskopi membawa kepada sedikit sehingga tiada perbezaan dalam kadar penyiapan kolonoskopi, skor kesakitan, kepuasan pelanggan, atau peristiwa pernafasan yang membawa kepada intervensi perubatan berbanding dengan sedasi propofol dengan bimbingan anestesiologi, tetapi boleh mengurangkan sedikit masa pemulihan.
Apakah keterbatasan bukti tersebut?
Untuk perbandingan propofol dengan sedatif tradisional semasa kolonoskopi, kami kebanyakannya mempunyai keyakinan yang rendah terhadap bukti disebabkan terdapat masalah dengan pelaporan hasil kajian yang boleh mempengaruhi keputusan. Untuk perbandingan sedasi oleh pakar anestesiologi berbanding dengan tanpa bimbingan pakar anestesiologi, keyakinan kami terhadap bukti adalah dari tinggi ke rendah; di mana keyakinan kami adalah terhad, terdapat sangat sedikit kajian, dan mereka tidak melaporkan kesemua hasil yang kami minati.
Adakah bukti ini yang terkini?
Bukti ini terkini sehingga Februari 2024.
Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Shaun Lee (Monash Malaysia).