Langkau ke kandungan utama

Senaman untuk berat badan berlebihan atau obesiti

Berat badan berlebihan dan obesiti merupakan masalah kesihatan awam yang penting dan dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan yang serius. Risiko untuk berat badan berlebihan dan obesiti bergantung kepada faktor gaya hidup seperti pemakanan serta tahap aktiviti fizikal. Oleh itu, rawatan untuk berat badan berlebihan dan obesiti selalunya melibatkan diet dan senaman. Kami mendapati bahawa senaman mempunyai kesan positif terhadap berat badan serta faktor penyakit kardiovaskular dalam kalangan mereka yang mempunyai berat badan berlebihan dan obesiti, terutamanya bila digabungkan dengan diet, bahkan senaman meningkatkan kesihatan walaupun tiada penurunan berat badan. Tiada data yang terhadap kesan sampingan, kualiti hidup, morbiditi, kos mahupun kematian dapat dikenal pasti.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Nurhazirah 'Aqilah Salim Musa (Melaka-Manipal Medical College). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi qilahsalim@yahoo.com. Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan suntingan ini sila hubungi hayatikk@usm.my 

Petikan
Shaw KA, Gennat HC, O'Rourke P, Del Mar C. Exercise for overweight or obesity. Cochrane Database of Systematic Reviews 2006, Issue 4. Art. No.: CD003817. DOI: 10.1002/14651858.CD003817.pub3.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan