Langkau ke kandungan utama

Ekstrak Kava untuk merawat keresahan

Carian-carian sistematik penulisan dijalankan untuk menilai bukti bagi atau terhadap keberkesanan ekstrak kava untuk merawat keresahan. Dua puluh dua rabun berganda, plasebo terkawal kajian RCT yang berpotensi telah dikenal pasti. Dua belas kajian memenuhi kriteria inklusi. Meta-analisis untuk tujuh kajian mecadangkan satu kesan rawatan yang penting bagi skor jumlah pada skala kebimbangan Hamilton yang memihak kepada ekstrak kava. Beberapa peristiwa buruk dilaporkan dalam kajian yang diulas, iaitu semuanya ringan, bersifat sementara dan jarang -jarang berlaku. Data-data ini menyiratkan bahawa, berbanding dengan plasebo, ekstrak kava mungkin adalah satu rawatan simptomatik yang berkesan untuk kebimbangan walaupun pada masa ini, saiz kesan hanya kecil. Kajian yang lebih baik dengan saiz sampel yang besar adalah diperlukan untuk menjelaskan ketidaktentuan yang sedia ada. Kajian keselamatan jangka panjang terutamanya terhadap kava adalah diperlukan.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Petikan
Pittler MH, Ernst E. Kava extract versus placebo for treating anxiety. Cochrane Database of Systematic Reviews 2003, Issue 1. Art. No.: CD003383. DOI: 10.1002/14651858.CD003383.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan