Langkau ke kandungan utama

Terapi psikologi untuk penghidap kecelaruan keresahan menyeluruh

Kecelaruan keresahan menyeluruh (GAD) adalah penyakit yang sangat biasa, di mana pesakit mengalami kerisauan yang berlebihan atau kebimbangan mengenai peristiwa-peristiwa dan masalah-masalah harian. Terapi psikologi adalah satu bentuk rawatan yang popular untuk kecelaruan keresahan. Ulasan ini bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terapi psikologi berkesan sebagai rawatan untuk GAD, dan sama ada terapi tingkah laku kognitif (CBT) lebih berkesan daripada terapi psikologi yang lain, termasuk terapi psiko-dinamik dan terapi sokongan. Sebanyak 25 kajian yang melibatkan 1305 orang peserta termasuk dalam ulasan ini. Semua kajian menggunakan kaedah CBT, sama ada membandingkan CBT dengan rawatan seperti biasa atau senarai menunggu (13 kajian), ataupun CBT berbanding dengan terapi psikologi lain (12 kajian). Ulasan ini menunjukkan bahawa orang yang menghadiri terapi psikologi berdasarkan kaedah CBT adalah lebih cenderung untuk mengurangkan kebimbangan pada akhir rawatan berbanding dengan orang yang menerima rawatan seperti biasa atau berada dalam senarai menunggu untuk menerima terapi. CBT juga sangat berkesan dalam mengurangkan gejala-gejala sekunder seperti kebimbangan and kemurungan. Peserta CBT berkumpulan dan peserta yang lebih berumur lebih cenderung untuk berhenti menghadiri sesi-sesi terapi. Tiada kajian yang membandingkan CBT dengan rawatan seperti biasa atau senarai menunggu telah melaporkan keberkesanan CBT untuk jangka masa panjang. Ianya tidak jelas sama ada peserta sesi-sesi CBT lebih cenderung untuk mengurangkan kebimbangan berbanding dengan peserta sesi-sesi terapi psiko-dinamik and terapi sokongan. Hal ini kerana hanya terdapat satu kajian yang membandingkan CBT dengan terapi psiko-dinamik, and enam kajian yang membandingkan CBT dengan terapi sokongan telah menunjukkan keputusan yang berbeza-beza. Kesemua kajian yang termasuk dalam ulasan ini tidak melaporkan tentang sebarang kesan sampingan yang berkemungkinan atau kebolehterimaan terapi psikologi. Lebih banyak kajian perlu dijalankan untuk menentukan sama ada terapi psiko-dinamik dan terapi sokongan berkesan sebagai rawatan untuk GAD, dan sama ada CBT lebih berguna daripada terapi psikologi yang lain dalam rawatan penyakit GAD.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Teng Xiu Xin (Penang Medical College). Disunting oleh Tan May Loong (Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi xiuxin_c2017@ms.pmc.edu.my

Petikan
Hunot V, Churchill R, Teixeira V, Silva de Lima M. Psychological therapies for generalised anxiety disorder. Cochrane Database of Systematic Reviews 2007, Issue 1. Art. No.: CD001848. DOI: 10.1002/14651858.CD001848.pub4.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan