Langkau ke kandungan utama

Saringan bayi baru lahir untuk fibrosis sistik

Juga terdapat dalam

Dalam pesakit dengan fibrosis sistik, penyakit paru-paru dan kekurangan zat makanan berlaku sangat awal dalam hidup. Rawatan awal adalah wajar disebabkan komplikasi-komplikasi ini. Oleh itu, saringan bayi baru lahir mungkin dapat menambah baik keadaan pesakit dengan fibrosis sistik. Kami bertujuan untuk mengetahui sama ada saringan bayi baru lahir mencegah atau mengurangkan kerosakan organ dan meningkatkan hasil klinikal dalam kalangan pesakit CF tanpa kesan-kesan buruk yang tidak boleh diterima. Ulasan ini merangkumi dua kajian dengan 1,124,483 bayi (210 dengan fibrosis sistik). Kajian-kajian ini membandingkan saringan bayi baru lahir dengan diagnosis klinikal. Kami hanya dapat menganalisis data daripada satu kajian. Kajian tersebut menunjukkan bahawa kekurangan zat makanan yang teruk adalah lebih kurang biasa dalam kalangan bayi yang disaring. Bayi yang disaring mempunyai skor radiograph dada yang lebih baik semasa diagnosis, tetapi skor ini bertambah buruk dari masa ke semasa. Bayi yang disaring lebih awal dikolonisasi dengan Pseudomonas aeruginosa. Kos saringan adalah lebih rendah berbanding dengan kos untuk diagnosis tradisional.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Julie Yeo (Taylor’s University, Malaysia). Disunting oleh Lai Nai Ming (Taylor’s University, Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi julieyeohh@gmail.com

Petikan
Southern KW, Mérelle MM. E., Dankert-Roelse JE, Nagelkerke A. Newborn screening for cystic fibrosis. Cochrane Database of Systematic Reviews 2009, Issue 1. Art. No.: CD001402. DOI: 10.1002/14651858.CD001402.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan