Langkau ke kandungan utama

Pekerjaan, Kesihatan dan Keselamatan Sosial

Kumpulan Tematik Cochrane

Pandangan anda amat bermakna

Kami menjalankan tinjauan ringkas untuk memahami penggunaan Ringkasan Bahasa Mudah Cochrane. Klik pautan ini untuk menyertai dan membantu penambahbaikan maklumat kesihatan.

Kumpulan Tematik Pekerjaan, Kesihatan, dan Keselamatan Sosial khususnya menangani topik-topik berkaitan kesihatan pekerjaan dan keselamatan sosial.

Tentang kami

Dalam konteks Kumpulan Tematik kami, keselamatan sosial meliputi isu-isu perubatan tertentu yang berkait dengan insurans kecacatan (contohnya kecacatan kerja) dan insurans kemalangan (contohnya masalah kesihatan akibat kecederaan). Di sesetengah negara, kepakaran ini dinamakan sebagai 'perubatan insurans'.

Kumpulan Tematik kami mewakili kerjasama yang telah lama terjalin antara Kumpulan Ulasan Kerja Cochrane dan Bidang Perubatan Insurans Cochrane (CIM), kedua-duanya memberi pengalaman dan kepakaran yang luas dalam sintesis bukti, pembangunan kaedah, dan penterjemahan dan penyebaran pengetahuan. Kumpulan Tematik kami sedar akan cabaran yang semakin meningkat dalam golongan pekerja yang semakin berumur, seperti peningkatan penyakit kronik dalam kalangan populasi bekerja. Matlamat Kumpulan Tematik adalah untuk mengurangkan kecacatan akibat pekerjaan dan kemalangan, dan memperbaik partisipasi kerja dan sosial, sambil memastikan sekuriti pendapatan bagi mereka yang tidak dapat bekerja akibat masalah kesihatan.

Ulasan sistematik dan sintesis bukti (Kerja Cochrane)

Kumpulan ini menjalankan, menyokong dan mengarang bersama bukti sintesis yang memaklumkan amalan terbaik dalam kesihatan pekerjaan dan keselamatan sosial. Aktiviti Kerja Cochrane akan diteruskan, termasuk topik keberkesanan intervensi kesihatan pekerjaan dengan fokus kepada pencegahan, rawatan, pengurusan, dan pemulihan. Baru-baru ini, kami juga telah menangani soalan-soalan prognostik. Berikut adalah ulasan sistematik pelbagai topik terpilih dan disusun oleh kumpulan kami:

Keselamatan sosial dan insurans perubatan.

Komponen keselamatan sosial kami memfokus penyediaan bukti kukuh untuk menyokong proses membuat keputusan perubatan dalam bidang kecacatan dan insurans kemalangan. Ini termasuk membekalkan doktor, syarikat insurans, dan pakar perubatan dengan data yang bolehpercaya untuk memaklumkan penilaian mereka tentang kapasiti kerja pesakit dan insurans nota sakit. Dengan menyebarkan bukti berkualiti tinggi yang mudah diakses, kami dapat memastikan syor yang diberi dalam insurans perubatan adalah sah dan bolehpercaya.

Kolaborasi dan penterjemahan pengetahuan

Objektif utama Kumpulan Tematik kami adalah untuk memupuk kolaborasi dalam kalangan para penyelidik, pengamal perubatan, dan peggubal dasar dalam bidang kesihatan pekerjaan dan keselamatan sosial. Kolaborasi ini penting untuk kejayaan penterjemahan bukti ke dalam amalan, memastikan penemuan penyelidikan terkini dikongsi dengan efektif dan diguna oleh pihak berkepentingan di seluruh dunia. Rangkaian pakar dalam kumpulan ini memainkan peranan penting dalam aktiviti penterjemahan pengetahuan, mempromosi amalan berasaskan bukti secara meluas dalam bidang pekerjaan, kesihatan, dan keselamatan sosial.

Sudut Cochrane Corners dari Insurans Perubatan Cochrane

Pendekatan multidisiplin

Kumpulan Tematik kami mendapat manfaat daripada sumbangan pasukan penulis dan penyelidik yang dinamik dan multidisiplin dengan pengalaman luas dalam sintesis bukti. Kepakaran mereka merangkumi pelbagai disiplin, termasuk kesihatan pekerjaan, keselamatan sosial, insurans perubatan dan amalan berasaskan bukti. Kepakaran yang luas ini membolehkan kumpulan ini menangani isu-isu kompleks dari pelbagai perspektif, memastikan ulasan komprehensif dan menyeluruh yang mempertimbangkan semua faktor yang relevan.

Pasukan kami

Rancangan kami

Misi utama Kumpulan Tematik kami adalah untuk menyumbang kepada keputusan berasaskan bukti dalam pekerjaan, kesihatan, dan keselamatan sosial, dengan fokus untuk meningkatkan penyertaan kerja, keselamatan dan kesihatan pekerjaan, akses yang adil kepada keselamatan sosial sekiranya berlaku kecacatan pekerjaan, serta kesejahteraan di tempat kerja.

Objektif khusus untuk masa terdekat

  • Menyokong sintesis bukti berkualiti tinggi: Memfokus kepada penghasilan ulasan sistematik dalam bidang-bidang berkeutamaan tinggi dalam pekerjaan, kesihatan pekerjaan, dan keselamatan sosial.
  • Mengenal pasti topik-topik prioriti: Mengenal pasti secara sistematik topik-topik utama untuk ulasan sistematik dan penyelidikan utama dalam pekerjaan, kesihatan, dan keselamatan sosial yang akan disahkan melalui tinjauan antarabangsa (sedang berlangsung).
  • Menyumbang kepada pengembangan kaedah untuk menyokongan sintesis bukti: Membangun dan memperhalusi alat, melapor garis panduan dan penyelarasan kaedah dalam bidang seperti Hasil Utama Set untuk Kerja (COSforWork.org) untuk diguna dalam kajian intervensi hasil kerja.
  • Perkongsian global, nasional dan serantau serta penyebaran: Kolaborasi dengan rakan kongsi global seperti 'Bukti untuk Kerja', EUMASS atau Suruhanjaya Antarabangsa Kesihatan Pekerjaan (ICOH) untuk menyebarkan bukti Cochrane dan mempromosi aktiviti kumpulan pada skala antarabangsa.
  • Inisiatif pendidikan: Meneruskan penyediaan peluang pendidikan yang memfokus kepada metodologi Cochrane dan penjagaan berasaskan bukti dalam program latihan profesional.
  • Permohonan geran: Mengenal pasti dan menyerahkan permohonan geran untuk projek atau pembiayaan infrastruktur bagi menyokong aktiviti kumpulan.

Hubungi kami

Untuk maklumat lanjut tentang kerja kami, sila berhubung melalui e-mel.

Berita

Mesyuarat Kepimpinan Cochrane

Mesyuarat Kepimpinan Cochrane berlangsung di Lisbon pada 29-30 Oktober 2025; Jan Hoving mewakili Kesihatan Pekerjaan dan Keselamatan Sosial Cochrane dan menghadiri kedua-dua hari, termasuk hari Komuniti Amalan.

Hari 1 menampilkan sesi tentang memajukan peranan Cochrane dalam kesihatan dan dasar global, memudahkan penghasilan Ulasan Cochrane, dan menyepadukan kecerdasan buatan (AI) dan alatan digital untuk meningkatkan kerja organisasi. Kolaborasi adalah jalur utama, dengan perbincangan khusus tentang cara rakan kongsi boleh sokong impak kolektif melalui Kolaborasi Sintesis Bukti Infrastruktur (ESIC) dan sesi bertajuk "Persimpangan perubahan: peluang dan cabaran untuk ESIC dan Cochrane." Ekuiti dan pembinaan kapasiti ditangani melalui "Cabaran yang dihadapi oleh Kumpulan Cochrane dan Cochrane di Selatan Global," bersama "Bayangkan esok: sintesis bukti masa depan," yang memandang ke hadapan kepada cara baharu untuk menghasil dan mengguna bukti. Hari itu ditutup dengan pleno yang memfokus komuniti ("Daripada 'saya' kepada 'kita': Bagaimana komuniti kita membentuk ekosistem bukti global?") dan ringkasan Ketua Pegawai Eksekutif, diikuti dengan sambutan rangkaian malam.

Pada Hari ke-2, dengan fokus kepada Komuniti Amalan, peserta berpecah kepada mesyuarat tertumpu - Lembaga Editorial, Eksekutif Kaedah dan Kumpulan Kaedah, Pengarah Kumpulan Geografi, Pesakit dan Eksekutif Rangkaian Awam, dan Eksekutif Komuniti Amalan meliputi kumpulan ulasan , kumpulan tematik, unit sokongan bukti dan penyelarasan merentas kumpulan yang mengukuhkan Medan. Kebanyakan Kumpulan Tematik, Kumpulan Geografi, Kumpulan Kaedah, Medan dan Kumpulan Semakan yang selebihnya hadir, memastikan perwakilan yang luas di seluruh komuniti Cochrane. Sepanjang kedua-dua hari itu, tema yang paling popular ialah potensi kecerdasan buatan (AI) dalam sintesis bukti - menyerlahkan peluang konkrit (kecekapan, kebolehskalan dan inovasi) serta cabaran (kualiti, ketelusan dan tadbir urus) yang perlu dihadapi oleh Cochrane.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan