Soalan ulasan
Kami telah menetapkan untuk menilai sama ada lebih banyak oksigen tambahan adalah lebih baik daripada oksigen yang kurang tambahan untuk orang dewasa yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).
Latar belakang
Orang dewasa yang dimasukkan ke ICU adalah kritikal dan berisiko tinggi untuk mati. Penambahan oksigen, atau terapi, diberi kepada kebanyakan orang dewasa yang dimasukkan ke ICU, dan ramai yang diventilasi mekanikal. Penyakit yang teruk boleh menyebabkan kekurangan oksigen dalam darah, yang dikenali sebagai hipoksemia, yang meletakkan pesakit berisiko rendah oksigen (hipoksia) dan kegagalan organ. Penggunaan sedatif dan ubat pelega sakit yang kuat boleh melemahkan pernafasan dan paras oksigen.
Amalan pemberian oksigen tambahan adalah liberal, memungkinkan lebihan oksigen yang dikenali sebagai hyperoksia. Walaupun kekurangan bukti kukuh tentang keberkesanan, pemberian oksigen tambahan telah disyorkan dengan meluas di dalam garis panduan amalan klinikal antarabangsa. Walau bagaimanapun, garis panduan baharu tidak mengesyorkan paras oksigen tinggi kerana sesetengah, tetapi tidak semua, kajian klinikal menunjukkan hubung kait antara hiperoksemia dan lebih risiko kematian. Potensi manfaat penambahan oksigen mesti dipertimbang berbanding potensi mudarat hyperoxaemia.
Ciri-ciri kajian
Kami mengenal pasti 10 kajian rawak terkawal (kajian yang memperuntukkan secara rawak kepada sama ada kumpulan eksperimen atau kawalan) yang melibatkan 1458 peserta sehingga Disember 2018. Tujuh kajian (1285 peserta) menunjukkan bilangan kematian, peristiwa buruk yang serius, dan kecederaan paru-paru di dalam tiga bulan selepas terapi oksigen di ICU. Kecederaan paru-paru diukur mengikut para peserta yang mengalami sindrom distres respiratori atau pneumonia. Lima kajian memasukkan orang dewasa yang dimasukkan ke ICU untuk pelbagai keadaan kesihatan serius dan satu kajian untuk pesakit ICU pembedahan. Dua kajian melibatkan orang dewasa dengan kecederaan otak traumatik; satu kajian dewasa selepas jantung terhenti dan resusitasi; dan satu kajian orang dewasa dengan strok. Semua peserta di dalam enam kajian menerima ventilasi mekanikal invasif terus melalui tiub ke dalam saluran udara utama. Di dalam satu kajian beberapa peserta mendapat ventilasi mekanikal, manakala yang lain menerima oksigen tidak invasif. Tiga kajian melibatkan orang dewasa yang menerima oksigen tidak invasif. Semua kajian-kajian membandingkan lebih dengan kurang oksigen, walau bagaimanapun pelbagai paras penambahan oksigen telah diguna. Terapi oksigen diberi untuk rangka masa antara satu jam hinggalah seluruh tempoh kemasukan ke hospital.
Keputusan utama
Kami tidak pasti tentang kesan paras oksigen yang lebih tinggi kerana penemuan kami adalah berdasarkan bukti yang sangat rendah kepastian. Kami dapati tiada bukti kesan bermanfaat paras oksigen yang lebih tinggi berbanding lebih rendah untuk orang dewasa yang dimasukkan ke ICU. Paras oksigen yang lebih tinggi mungkin meningkatkan risiko kematian (4 kajian; 1135 peserta) dan peristiwa buruk yang serius (6 kajian; 1234 peserta). Tiada bukti tentang perbezaan dalam kecederaan paru-paru dengan penggunaan penambahan oksigen berbanding dengan oksigen tambahan yang lebih rendah, tetapi bukti itu adalah sangat tidak menentu (5 perbicaraan; 1167 peserta). Tiada kajian melaporkan kualiti hidup pada sebarang titik masa, akut miokdial infarction, dan strok. Hanya satu kajian melaporkan sepsis.
Kepastian bukti
Bilangan peserta di dalam kajian-kajian tersebut terlalu kecil untuk membolehkan pilihan muktamad tentang penemuan ulasan. Kajian-kajian berbeza di dalam jenis penyakit peserta, penjagaan klinikal yang berkaitan, keterukan penyakit, sasaran berapa banyak oksigen yang diberi, dan untuk berapa lama. Dua daripada kajian berisiko bias rendah selain dari kekurangan pembutaan peserta dan kakitangan. Secara keseluruhan semua kajian-kajian berisiko bias tinggi.
Diterjemah oleh Adam Linoby (Universiti Teknologi MARA). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi linoby@uitm.edu.my