Prosedur surgikal untuk mempercepatkan rawatan ortodontik.

Soalan ulasan
Rawatan ortodontik (penggunaan pedakap) adalah panjang, biasanya mengambil masa lebih 18 bulan untuk dilengkapkan, dan memerlukan pelarasan pendakap lebih kurang setiap enam minggu.Rawatan pendakap biasanya dijalankan tanpa surgeri.Namun, prosedur surgikal khas telah dicadangkan untuk mempercepatkan rawatan ortodontik. Ulasan yang dihasilkan oleh Kumpulan Kesihatan Oral Cochrane ini meninjau kelebihan dan risiko kaedah surgikal untuk mempercepatkan rawatan ortodontik berbanding rawatan ortodontik piawai dalam kalangan remaja dan orang dewasa.

Latarbelakang
Pengurangan tempoh rawatan ortodontik adalah sangat diingini. Surgeri telah dianjurkan untuk mempercepatkan pergerakan gigi dan mungkin berkesan dengan rangsangan sel-sel sekitar gigi atau mengurangkan rintangan yang diberikan oleh tulang penyokong dan anjakan mekanikal gigi. Prosedur-prosedur ini agak baharu dan mungkin lebih berisiko berbanding rawatan piawai.

Ciri kajian
Bukti ulasan ini adalah terkini sehingga 10 September 2014.Kami mendapati empat kajian yang relevan untuk dimasukkan dalam ulasan ini.Kajian-kajian ini melibatkan 57 peserta dari umur 11 hingga 33 tahun.Kesemua kajian menyiasat kesan prosedur surgikal dari sudut masa yang diambil untuk menyusun gigi yang tersesar atau untuk menutup ruang di antara gigi. Tiada kajian yang dibiayai oleh industri ortondontik.

Keputusan utama
Pergerakan gigi adalah lebih cepat dengan prosedur surgikal, walaupun keputusan ini berdasarkan bilangan peserta yang kecil.Tambahan pula, terdapat sedikit masalah terwujud dalam rekabentuk dan kualiti kajian-kajian tersebut.Oleh itu, lebih penyelidikan diperlukan untuk mengesahkan sama ada surgeri tambahan menjamin kepantasan pergerakan gigi.Kajian-kajian ini tidak memberi maklumat tentang kesan sampingan negatif dari rawatan.

Kualiti bukti
Kualiti bukti tentang kadar pergerakan gigi adalah dianggap rendah untuk tempoh satu bulan dan tiga bulan selepas prosedur.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Melaka-Manipal Medical College). Disunting oleh Lai Nai Ming (School of Medicine,Taylor's University Malaysia) Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my

Tools
Information