Gamma aminobutyric acid (GABA) agonis reseptor bagi strok akut

Soalan : Adakah ubat agonis reseptor (GABA) berkesan dan selamat dalam rawatan strok akut?

Latar belakang Agonis reseptor (GABA) adalah sejenis ubat yang mungkin boleh membantu melindungi otak dalam strok akut. Kumpulan ubat ini, yang termasuk diazepam dan chlomethiazole, telah digunakan sebagai ubat penenang tradisional selama beberapa dekad, dan telah didapati amat bermanfaat dalam kajian strok pada haiwan. Namun begitu, kesan-kesan penenang daripada para agonis reseptor GABA boleh memudaratkan orang yang mempunyai stok akut

Ciri-ciri kajian Kami mengenal pasti lima kajian hingga May 2018 yang mencapai kriteria pemasukan penyelidikan kami; Mereka merakam 3838 peserta secara rawak (pesakit iskemia akut atau hemoragik) dan menganalisis 3758. Kualiti semua kajian pada umumnya adalah baik dengan risiko berat-sebelah yang rendah. Satu kajian menguji kesan-kesan dan keselamatan diazepam bagi rawatan strok akut dalam 849 peserta dalam masa 12 jam daripada serangan strok. Empat kajian menguji kesan dan keselamatan chlormethiazole dalam 2909 peserta dengan strok akut dalam masa 12 jam dari serangan strok; 95 peserta mengalami strok akibat pendarahan darah dan dianalisis secara berasingan.

Keputusan-keputusan utama Kesemua lima kajian telah melaporkan kematian dan pergantungan pada orang lain dalam tempoh tiga bulan. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan chlormethiazole dan kumpulan plasebo ataupun antara kumpulan diazepam dan kumpulan plasebo. Kesan sampingan yang paling kerap disebabkan chlormethiazole adalah mengantuk dan kerengsaan hidung.

Kualiti bukti: Kesimpulannya, bukti yang berkualiti sederhana tidak menyokong penggunaan agonis reseptor GABA dalam rawatan orang dengan strok akut.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Zi Yan Chiah (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Teh Keng Hwang (Kolej Universiti Insaniah). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi (Chris_ZY@live.com)

Tools
Information