Maklum balas atau maklum balas bio untuk menambahkan latihan otot lantai pelvik bagi kencing tidak terkawal dalam kalangan wanita

Wanita dari semua tahap umur berpotensi menghadapi masalah kencing yang tidak dapat dikawal. Rawatan yang biasa adalah dengan latihan otot lantai pinggul (juga dikenali sebagai latihan otot lantai pinggul) di mana otot lantai pelvik diperas dan diangkat kemudian direhatkan beberapa kali berturut-turut, sehingga tiga kali sehari. Latihan ini dapat menguatkan otot, meningkatkan ketahanan otot (jadi otot kurang mudah berasa letih), dan meningkatkan koordinasi (jadi otot diperas dengan keras ketika risiko kebocoran semasa kencing adalah paling besar, contoh. ketika batuk atau bersin).

Pemerahan otot yang betul, dan latihan yang cukup penting dalam menjayakan rawatan Maklum balas digunakan untuk mengajar wanita-wanita dalam pemerahan otot dengan betul, mempelajari masa dan cara pemerahan otot untuk mengelakkan kebocoran semasa kencing, menilai sama ada pemerahan otot dapat ditingkatkan dari masa ke masa, dan boleh digunakkan sebagai “pelatih” bagi latihan secara berulang-ulang. Kaedah maklum balas yang biasa adalah bagi profesional kesihatan untuk merasakan otot lantai pinggul semasa pemeriksaan vagina dan menjelaskan keadaan pemerahan dan pengangkatn otot ketika wanita memerah otot tersebut. Maklum balas menggunakan peranti vagina atau dubur untuk mengukur tekanan pemerahan otot ataupun aktiviti elektrik dalam otot. Peranti ini membalas dengan memberikan maklumat tersebut kepada wanita yang menggunakan peranti itu sebagai bunyi (contohnya, bunyi menjadi lebih kuat apabila pemerahan meningkat) atau paparan visual (contohnya, lebih banyak lampu bermaksud peregangan yang lebih kuat).

Pemerahan otot yang betul pada masa yang tepat, dan melakukan latihan yang cukup, adalah penting untuk menjayakan rawatan Terdapat beberapa bukti bahawa tambahan maklum balas adalah bermanfaat. Walau bagaimanapun, hal ini tidak jelas sama ada maklum balas ini ialah maklum balas peranti itu sendiri Ada kemungkinan bahawa faedahnya datang daripada menghabiskan lebih masa di klinik dengan doktor, jururawat atau ahli fisioterapi.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Zi Yan Chiah (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi Chris_ZY@live.com

Tools
Information
Share/Save