Saringan wanita-wanita untuk keganasan pasangan intim dalam keadaan penjagaan kesihatan

Latar belakang

Kami menjalankan ulasan ini untuk mengetahui sekiranya dengan bertanya (saringan) semua wanita yang menghadiri tempat penjagaan kesihatan mengenai pengalaman mereka dalam keganasan rumah tangga daripada pasangan semasa atau pasangan sebelumnya dapat membantu untuk mengenalpasti wanita yang didera supaya mereka boleh diberikan sokongan balas dan dirujuk ke perkhidmatan sokongan. Kami juga berminat untuk mengetahui sekiranya ini akan terus mengurangkan keganasan dalam kehidupan mereka, meningkatkan kesihatan mereka, dan tidak menyebabkan apa-apa kemudharatan kepada mereka berbanding penjagaan kesihatan wanita biasa.

Wanita yang telah mengalami keganasan secara fizikal, psikologikal, atau seksual daripada pasangan atau bekas pasangan mengalami kesihatan yang kurang baik, kehamilan yang bermasalah, dan kematian awal. Anak-anak dan keluarga mereka juga adalah terkesan. Wanita-wanita yang didera sering menghadiri tempat penjagaan kesihatan. Sesetengah orang berpendapat bahawa profesional-profesional penjagaan kesihatan perlu bertanya semua wanita secara rutin mengenai keganasan rumah tangga. Mereka berpendapat bahawa 'saringan' mungkin menggalakkan wanita-wanita untuk mendedahkan penderaan, atau untuk mengenal pasti sendiri pengalaman mereka sendiri sebagai 'penderaan' berbanding tiada `saringan'. Seterusnya, ini akan membolehkan ahli profesional penjagaan kesihatan menyediakan sokongan serta-merta atau merujuk mereka kepada bantuan pakar, atau kedua-duanya. Beberapa badan kerajaan dan organisasi kesihatan mengesyorkan pemeriksaan semua wanita untuk keganasan rumah tangga. Pendapat lain menyatakan bahawa pemeriksaan itu perlu disasarkan kepada kumpulan yang berisiko tinggi, seperti wanita hamil yang menghadiri klinik-klinik antenatal.

Ciri-ciri kajian

Kami telah mengkaji penyelidikan sehingga 17 Februari 2015. Kami telah mengambil kira kajian-kajian penyelidikan yang mempunyai wanita berumur 16 tahun ke atas yang menghadiri tetapan penjagaan kesihatan. Pencarian kami menghasilkan 12,369 kajian dan akhirnya kami mengambil kira 13 kajian yang memenuhi kriteria yang dinyatakan di atas. Keseluruhannya, 14,959 wanita telah bersetuju untuk menyertai kajian-kajian tersebut. Kajian-kajian adalah dalam tetapan penjagaan kesihatan yang berbeza (klinik-klinik antenatal, kesihatan wanita/ perkhidmatan ibu mengandung, jabatan-jabatan kecemasan, dan pusat penjagaan primer). Kajian-kajian ini telah dijalankan terutamanya dalam tetapan bandar, di negara-negara berpendapatan tinggi yang mempunyai undang-undang keganasan rumah tangga dan perkhidmatan sokongan yang maju yang membolehkan profesional-profesional penjagaan kesihatan dirujuk. Setiap satu daripada kajian-kajian ini dibiayai oleh sumber luar. Kebanyakan pembiayaan itu diperoleh daripada jabatan-jabatan kerajaan dan badan-badan penyelidikan, dengan sebilangan kecil geran / sokongan yang datang daripada sumber amanah dan universiti.

Keputusan-keputusan utama dan kualiti bukti

Lapan kajian yang melibatkan 10,074 wanita meneliti sekiranya ada profesional-profesional penjagaan kesihatan menyoal mengenai penderaan, berbincang mengenainya, dan/atau mendokumentasi penderaan di dalam rekod-rekod wanita ini. Terdapat peningkatan dua kali ganda dalam jumlah wanita dikenal pasti melalui cara ini berbanding kumpulan perbandingan. Bukti kualiti ini adalah tahap sederhana. Kami melihat pula dalam kumpulan-kumpulan kecil daripada keseluruhan kumpulan, dan mendapati, sebagai contoh, bahawa wanita hamil adalah empat kali ganda berkemungkinan untuk dikenal pasti melalui intervensi saringan berbanding wanita hamil dalam kumpulan perbandingan. Kami tidak melihat peningkatan dalam tindakan rujukan profesional-profesional penjagaan kesihatan tetapi hanya dua kajian mengukur rujukan dengan cara yang sama dan terdapat beberapa kelemahan dalam kajian-kajian tersebut. Kami tidak dapat memberitahu jika saringan meningkatkan penggunaan perkhidmatan pakar dan tiada kajian menunjukkan jika saringan ini adalah kos efektif. Kami juga melihat sekiranya kaedah-kaedah yang berbeza adalah lebih baik dalam mengesan penderaan, sebagai contoh, anda mungkin menjangkakan bahawa wanita akan lebih terbuka untuk mendedahkan kepada komputer, tetapi kami tidak menjumpai satu kaedah yang lebih bagus daripada kaedah yang lain. Kami mendapati tiadanya keseluruhan kajian mengkaji keganasan berulang (hanya dua kajian berkenaan ini, dan mendapati tiada sebarang kesan) dan kesihatan wanita (hanya satu kajian berkenaan ini, dan mendapati tiada perbezaan 18 bulan kemudian). Akhirnya, banyak kajian turut menunjukkan beberapa hasil yang buruk dalam penilaian jangka pendek, tetapi tidak langsung dilaporkan.

Terdapatnya ketidaksepadanan antara peningkatan jumlah wanita yang dikesan melalui saringan oleh profesional-profesional penjagaan kesihatan dan jumlah wanita yang tinggi yang menghadiri tempat penjagaan kesihatan adalah sebenarnya diakibatkan oleh keganasan rumah tangga. Kami memerlukan lebih banyak bukti bagi menunjukkan saringan sebenarnya meningkatkan rujukan dan penglibatan wanita dalam perkhidmatan sokongan, dan/atau mengurangkan keganasan dan impak-impak positif ke atas kesihatan dan kesejahteraan mereka. Atas dasar ini, kami membuat kesimpulan bahawa terdapat bukti yang tidak mencukupi bagi mencadangkan untuk menyoal semua wanita mengenai penderaan di tetapan penjagaan kesihatan. Ini mungkin lebih efektif buat masa ini untuk melatih profesional-profesional penjagaan kesihatan untuk menyoal wanita yang menunjukkan tanda-tanda penderaan atau mereka dalam kalangan kumpulan berisiko tinggi, dan menyediakan mereka dengan tindak balas sokongan dan maklumat, dan merancang bersama mereka untuk keselamatan mereka.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Fairuz Fadzilah Rahim (Penang Medical College). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk Sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini, sila hubungi fairuzfr@yahoo.com

Tools
Information