Rosiglitazone untuk penyakit kencing manis (jenis 2)

Penyakit jantung dan saluran darah merangkumi kira-kira 70% daripada semua punca kematian dalam kalangan pesakit kencing manis. Berbanding dengan mereka yang tidak mempunyai kencing manis, risiko relatif kematian disebabkan oleh masalah jantung dan saluran darah adalah dua hingga tiga lebih berisiko untuk lelaki dan tiga hingga empat lebih berisiko dalam wanita dengan kencing manis. Penyakit kencing manis (jenis 2) kebanyakannya mempunyai ciri kekurangan upaya hormon insulin untuk merangsang pengambilan gula dalam lemak badan dan otot (rintangan insulin) dan ia mempengaruhi kebanyakan orang yang menghidapi penyakit kencing manis. Terdapat beberapa ubat yang berada di pasaran untuk merawat kencing manis, antaranya rosiglitazone sebagai satu ahli "glitazones' dapat mengurangkan risiko bagi penyakit jantung dan saluran darah. Sejak dua kajian terbesar dalam orang menghidapi penyakit kencing manis (jenis 2) menunjukkan bahawa penambahbaikkan gula dalam darah sahaja tidak mencukupi untuk mengurangkan risiko penyakit yang dinyatakan di atas, kita telah mencari kajian jangka panjang yang menyiasat selama 24 minggu sebagai minimum rawatan rosiglitazone kepada hasil berorientasikan pesakit . Sebagai hasil yang berorientasikan pesakit, kita mentakrifkannya kematian, komplikasi diabetes, kesan sampingan ubat, kualiti hidup kesihatan, kos dan kawalan metabolik (menurunkan glukosa darah ke tahap terdekat normal).

Lapan belas kajian merawakkan 3888 orang untuk terapi rosiglitazone. Tempoh rawatan rosiglitazone yang paling lama adalah empat tahun, kebanyakan ujikaji berlangsung sekitar setengah tahun. Malangnya, kajian yang diterbitkan sekurang-kurangnya 24 minggu rawatan rosiglitazone pada orang dengan penyakit kencing manis (jenis 2) tidak memberikan bukti yang berkaitan bahawa hasil berorientasikan pesakit adalah dipengaruhi secara positif oleh agen ini. Peluang untuk mendapat edema adalah kira-kira dua kali ganda, risiko penyakit kardiovaskular adalah meningkat. Satu kajian rawak terkawal besar menunjukkan bahawa bukti risiko kardiovaskular meningkat selepas rawatan rosiglitazone. Selain itu, data keselamatan yang baru menunjukkan peningkatan bilangan patah tulang dalam kalangan wanita. Penemuan ini telah diterbitkan beberapa tahun selepas agen ini diluluskan oleh pihak ubat berkuasa kawal selia. Cara-cara baru menerokai kesan ubat, contohnya dengan kajian jangka panjang awal dalam orang ramai, serta akses awam terhadap semua siasatan data keselamatan yang diterbitkan dan tidak diterbitkan perlu diwujudkan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save