Adakah kemoterapi sebelum pembedahan memperbaiki survival atau kualiti hidup wanita dengan kanser epitelium ovari?

Kanser epitelium ovari adalah kanser yang ketujuh paling lazim di seluruh dunia dalam kalangan wanita berumur kurang dari 65 tahun dan merupakan jenis kanser ovari yang paling lazim (kira-kira 90% daripada kanser ovari) Malangnya, kebanyakan wanita dengan kanser ovari muncul pada tahap lewat di mana penyakit itu telah merebak ke abdomen. Ini adalah kerana gejala kanser agak samar, kerap timbul setelah kanser merebak dan boleh tersalah diagnosis disebabkan oleh keadaan benigna lain. Di Eropah, lebih satu pertiga wanita yang didiagnosis dengan kanser ovari masih hidup lima tahun selepas diagnosis.

Rawatan konvensional bagi kanser ovari ialah pembedahan (laparotomy) untuk mengeluarkan rahim, ovari, omentum (sturktur berlemak (apron) yang tergantung dari perut and meliputi usus di bahagian atas abdomen) dan mengambil sampel nodus limfa (kelenjar) di pelvis dan abdomen. Tujuan pembedahan adalah untuk menentukan tahap penyakit (menilai di mana kanser telah merebak) dan mengeluarkan bahagian kanser sebanyak mungkin (‘debulking’ atau ‘cytoreduction’) Walau bagaimanapun, oleh kerana kebanyakan wanita akan mengalami penyakit yang tersebar luas, pembedahan sahaja tidak dapat merawat penyakit tersebut dan rawatan lanjut perlu, dalam bentuk kemoterapi. Kemoterapi bagi kanser ovari menggunakan ubat-ubatan yang berasaskan platinum (carboplatin dan cisplatin) untuk merawat sebarang sel-sel kanser yang tidak dapat dikeluarkan dengan pembedahan ataupun terlalu kecil untuk dilihat (penyakit mikroskopik)

Kemoterapi boleh digunakan sebelum pembedahan (juga dikenali sebagai kemoterapi neoadjuvant) dengan tujuan untuk mengecutkan kanser dan memudahkan pengeluaran kesemua kanser.

Satu kajian yang berkualiti dalam kalangan wanita dengan kanser ovari lanjutan dimasukkan ke dalam ulasan ini Kajian ini membandingkan 336 wanita yang diberi kemoterapi terlebih dahulu dengan 334 wanita yang menjalani pembedahan terlebih dahulu dan tidak menemui sebarang perbezaan dari aspek masa kematian atau masa progresi penyakit, iaitu kemoterapi sebelum pembedahan mempunyai kesan yang sama ke atas survival seperti rawatan konvensional. Kajian ini hanya melibatkan wanita dengan kanser ovari tahap IIIc / IV. (Kanser tahap IIIc adalah apabila tumor telah merebak ke abdomen hingga saiz lebih besar daripada 2 cm.) Sebahagian besar wanita dalam kajian ini mempunyai tumor yang sangat besar. Oleh itu, kami menilai bukti sebagai berkualiti sederhana dan menyimpulkan bahawa kemoterapi neoadjuvan adalah alternatif yang munasabah bagi pembedahan primer dalam kalangan wanita dengan penyakit tahap IIIc/IV. Tiga kajian lain sedang dijalankan dan diharapkan akan menyumbang lebih banyak bukti untuk membimbing amalan klinikal dalam bidang ini pada masa akan datang.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Zi Yan Chiah (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi (Chris_ZY@live.com

Tools
Information
Share/Save