Mesej utama
Wanita yang mengambil suplemen zat besi setiap hari mungkin mempunyai kekurangan anemia dan zat besi apabila mereka bersalin semasa tarikh jangkaan, berbanding dengan plasebo atau tanpa zat besi.
Daripada bukti dalam ulasan ini, kami kurang pasti tentang impak suplemen zat besi terhadap hasil yang lain untuk wanita dan bayinya.
Apakah itu anemia?
Anemia ialah keadaan dengan kurang sel darah merah atau kurang hemoglobin (bahan merah didapati dalam darah yang bergabung dengan oksigen dan membawanya ke seluruh badan) dalam setiap sel darah merah daripada biasa. Kekurangan zat besi adalah akibat utama anemia; faktor tambahan seperti kekurangan mikronutrien folat dan vitamin B 12 juga akibat anemia. Jika Ibu-ibu hamil mengalami anemia atau kekurangan zat besi atau nutrien yang lain, mereka tidak dapat membekalkannya dalam kuantiti yang mencukupi kepada bayi mereka. Paras zat besi dan folat yang rendah dalam kalangan wanita boleh menyebabkan anemia, yang boleh menyebabkan wanita letih, pengsan, dan berisiko tinggi untuk jangkitan.
Apakah yang ingin diketahui?
Kami ingin tahu sama ada mengambil suplemen zat besi setiap hari (sama ada bersendirian atau dengan asid folik atau vitamin dan mineral yang lain) semasa hamil akan meningkatkan kesihatan dan pemakanan Ibu-ibu hamil dan bayi mereka.
Apakah yang dilakukan?
Kami mencari kajian yang mengkaji kesan makanan tambahan zat besi setiap hari semasa hamil (sama ada bersendirian atau dengan asid folik atau vitamin dan mineral yang lain). Kami membandingkan dan merumuskan keputusan kajian tersebut dan menilai keyakinan kami dalam bukti, berdasarkan faktor-faktor seperti kaedah dan saiz kajian.
Apakah yang ditemukan?
Kami menyertakan 57 kajian yang melibatkan 48,971 wanita dalam ulasan ini (40 kajian mengenai makanan tambahan zat besi oral setiap hari dibandingkan plasebo/tiada zat besi dan lapan membandingkan zat besi dengan asid folik dibandingkan plasebo/tiada zat besi dan asid folik).
Kajian terbesar adalah di kalangan 18,775 peserta dan kajian terkecil adalah di kalangan 13 peserta. Kajian dijalankan di 27 negara di seluruh dunia; kebanyakan kajian dilakukan di United Kingdom (14) dan Amerika Syarikat (lapan). Kajian dibiayai terutamanya oleh agensi kerajaan, universiti, kementerian kesihatan dalam negara, dan syarikat farmaseutikal.
Supplemen zat besi berbanding plasebo atau tiada zat besi
Wanita yang mengambil suplemen zat besi semasa hamil mungkin mengalami pengurangan anemia, kekurangan zat besi, dan kemungkinan pengurangan anemia kekurangan zat besi apabila mereka melahirkan anak sekitar tarikh jangkaan mereka. Ada kemungkinan terdapat sedikit atau tiada perbezaan dalam risiko hasil ibu yang lain, termasuk kematian ibu; walau bagaimanapun, bukti sangat tidak pasti untuk kesan buruk, atau anemia teruk pada trimester kedua atau ketiga. Tiada kajian yang melaporkan malaria klinikal ibu atau jangkitan semasa hamil.
Wanita yang mengambil suplemen zat besi semasa hamil mungkin kurang berkemungkinan melahirkan bayi dengan berat lahir rendah (kurang daripada 2500 g), tetapi buktinya sangat tidak pasti untuk berat lahir bayi. Mungkin terdapat sedikit atau tiada perbezaan antara kumpulan untuk kelahiran pramatang dan sedikit atau tiada perbezaan dalam kecacatan kelahiran atau kematian bayi dalam 28 hari pertama kehidupan.
Zat besi + asid folik berbanding plasebo atau tiada zat besi + asid folik
Wanita yang mengambil suplemen zat besi + asid folik setiap hari mungkin mengalami anemia yang berkurangan atau mungkin mengalami kekurangan zat besi yang berkurangan apabila mereka melahirkan anak sekitar tarikh jangkaan mereka; walau bagaimanapun, buktinya sangat tidak pasti untuk anemia kekurangan zat besi, atau kematian ibu. Bukti adalah tidak pasti untuk sebarang kesan buruk, dan bukti adalah sangat tidak pasti untuk anemia teruk pada trimester kedua atau ketiga. Tiada kematian ibu dilaporkan, dan tiada kajian melaporkan malaria klinikal ibu.
Wanita yang mengambil suplemen zat besi + asid folik semasa hamil mungkin mempunyai bayi dengan berat lahir meningkat, tetapi boleh terdapat sedikit atau tiada perbezaan antara kumpulan untuk hasil yang lain , termasuk berat lahir bayi rendah (kurang daripada 2500 g), kelahiran pramatang , kematian bayi dalam 28 hari pertama kehidupan, atau kecacatan kelahiran .
Apakah keterbatasan bukti tersebut?
Beberapa kajian melaporkan hasil utama, termasuk kematian ibu, kesan buruk, anemia teruk, malaria klinikal ibu, atau jangkitan semasa hamil, dan hasil bayi yang lain, termasuk kecacatan kelahiran, dan status zat besi bayi, pertumbuhan dan perkembangan. Di samping itu, kajian menyertakan Ibu-ibu hamil pada tahap zat besi berbeza dan umur kehamilan semasa pendaftaran dengan dos zat besi berbeza, dan masa penilaian hasil, yang mengekang kebolehbandingan bukti untuk beberapa hasil dalam kalangan Ibu-ibu mengandung dan kanak-kanak.
Adakah bukti ini yang terkini?
ulasan ini adalah kemas kini daripada ulasan sebelumnya. Bukti ini terkini sehingga 18 Januari 2024.
Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ulasan ini. Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor's University, Malaysia.




