Asid Amino Rantai Bercabang dapat menambahbaik gejala ensefalopati hepatik

Latar belakang

Ensefalopati hepatik adalah satu disfungsi otak yang berkaitan dengan penyakit hati. Sirosis, yang merupakan satu keadaan di mana tisu parut (fibrosis) menggantikan tisu hati yang normal, adalah punca ensefalopati hepatik yang paling biasa. Tahap gejala berjulat dari tanda-tanda kecil hingga koma. Perubahan kecil dikenali sebagai ensefalopati hepatik yang minimal. Ensefalopati hepatik overt merujuk kepada peringkat yang lebih teruk dengan manifestasi klinikal yang jelas seperti perubahan dalam tahap kesedaran atau neuropsikiatri tidak normal. Ramai orang dengan sirosis mempunyai asid amino yang kurang, di mana ia adalah pembinaan protein blok. Asid amino dengan rantai-sisi (satu cawangan) dikenali sebagai asid amino rantai bercabang (BCAA). BCAA memainkan bahagian penting dalam penjanaan otot dan bahan kimia isyarat dalam otak. Kesan-kesan ini boleh memberi manfaat kepada orang yang mengalami ensefalopati hepatik.

Ciri-ciri kajian

Kami telah mengenal pasti 16 kajian rawak terkawal (ujian di mana peserta diagihkan secara rawak kepada kumpulan rawatan) termasuk 827 peserta. Orang yang terlibat mempunyai sirosis seringkali disebabkan oleh penyakit hati alkohol atau hepatitis virus (jangkitan hati disebabkan oleh virus). Kajian membandingkan BCAA dengan plasebo (rawatan yang berpura-pura), tiada intervensi, diet, lactulose (satu gula cecair sering digunakan untuk merawat sembelit), atau neomycin (antibiotik). Bukti-bukti adalah terkini sehingga Oktober 2014.

Keputusan-keputusan utama

Analisis mendapati tiada kesan ke atas kematian, tetapi BCAA mempunyai kesan yang baik terhadap gejala dan tanda-tanda ensefalopati hepatik. BCAA tidak meningkatkan risiko kesan buruk yang serius, tetapi dikaitkan dengan loya dan cirit-birit. Apabila mengecualikan kajian lactulose atau neomycin, BCAA mempunyai kesan yang baik terhadap ensefalopati hepatik. Apabila menganalisis kajian dengan kawalan lactulose atau neomycin, kami mendapati tiada kesan yang baik atau mudarat BCAA.

Kualiti bukti

Kami telah menilai kualiti bukti untuk menilai aspek yang boleh membawa kepada kesilapan dalam pertimbangan terhadap kesan intervensi. Kami membuat kesimpulan bahawa kita mempunyai bukti yang berkualiti tinggi dalam analisis kami tentang kesan BCAA terhadap ensefalopati hepatik. Kami membuat kesimpulan bahawa kita mempunyai bukti kualiti sederhana atau rendah dalam analisis yang selebihnya kerana bilangan peserta dalam kajian tersebut adalah terlalu kecil dan risiko berat sebelah (kesilapan sistematik) tidak jelas atau tinggi.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information