Diet ketogenik untuk epilepsi resistan ubat

Latar belakang

Epilepsi ialah satu gangguan yang mana sawan berulang disebabkan oleh perlepasan elektrik yang abnormal dari otak. Pada kebanyakan orang, sawan dapat dikawal oleh satu atau lebih ubat antiepileptik. Untuk pesakit dengan epilepsi resistan ubat, satu diet istimewa (digelar diet ketogenik) mungkin dipertimbangkan. DIet ketogenik adalah tinggi dalam kandungan lemak dan rendah dalam karbohidrat.

Ulasan ini melihat kesan diet ketogenik terhadap kawalan sawan, pembelajaran dan ingatan, dan tingkah laku. Kami juga mengkaji kesan sampingan dari diet dan jumlah orang yang menarik diri daripada kajian, serta sebab mengapa.

Ciri-ciri kajian

Kami mencari pangkalan data perubatan untuk kajian klinikal orang dewasa atau kanak-kanak dengan epilepsi, yang mana diet ketogenik dibandingkan dengan rawatan lain. Pengulas menemui 13 kajian dengan 932 peserta. Kajian tersebut adalah antara dua sehinggan 16 bulan.

Keputusan utama

Kanak-kanak yang diberi diet ketogenik mungkin hingga tiga kali lebih dapat bebas sawan dan hingga enam kali lebih dapat menurunkan kekerapan sawan sebanyak 50% atau lebih berbanding kanak-kanak yang diberi rawatan biasa. Walaupun kadar bebas sawan yang dilaporkan oleh kebanyakan kajian agak sederhana, dalam satu kajian lebih separuh daripada kanak-kanak yang diberi diet ketogenik klasik menjadi bebas daripada sawan. Kadar ini berkurang kepada hanya 15% kanak-kanak yang bebas sawan ketika mereka diberi diet Atkins yang kurang dimodifikasi. Kajian lain melaporkan bahawa 85% kanak-kanak yang diberi diet ketogenik klasik mengalami penurunan bilangan sawan yang ketara berbanding hanya sekitar separuh kanak-kanak yang menerima diet Atkins yang diubah suai. Walau bagaimanapun, satu kajian mendapati kesan yang sama terhadap kawalan sawan dengan diet Atkins yang diubahsuai dengan toleransi yang lebih baik seperti diet ketogenik yang lebih ketat, yang menunjukkan bahawa lebih banyak penyelidikan diperlukan.

Tidak ada laporan mengenai bebas sawan pada orang dewasa yang mengikuti diet ketogenik, namun, orang dewasa yang diberi diet ketogenik mungkin hingga lima kali lebih mengalami penurunan kekerapan kejang senayak 50% atau lebih.

Semua kajian melaporkan individu yang meninggalkan kajian, akibat kurangnya perubahan pada sawan dan toleransi yang rendah terhadap diet tersebut. Orang dewasa yang mengikuti diet ketogenik mungkin sehingga lima kali lebih berhenti belajar berbanding rawatan biasa. Bagi kanak-kanak, kadar berhenti sekolah mungkin serupa antara diet ketogenik dan kumpulan rawatan penjagaan biasa.

Satu kajian melaporkan kesan diet ketogenik atas kualiti hidup, pembelajaran, ingatan dan tinggah laku kanak-kanak. Kajian itu menunjukkan tidak ada perbezaan dalam kualiti hidup kanak-kanak yang mengikuti diet ketogenik dan mereka yang mendapat rawatan biasa. Kanak-kanak yang mengikuti diet ketogenik disarankan untuk lebih aktif, lebih produktif dan kurang cemas, tetapi lebih banyak kajian diperlukan.

Kepastian bukti

Kajian tersebut hanya merangkumi sebilangan kecil peserta dan kaedahnya tidak jelas. Oleh itu kami menilai kepastian bukti sebagai rendah hinnga sangat rendah. Ini bermaksud bahawa kita tidak yakin bahawa dapatan yang dijelaskan adalah tepat mengenai kesan sebenar diet ketogenik pada individu dengan epilepsi.

Bukti adalah terkini sehingga April 2019.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khoo Jing Hern (Melaka Manipal Medical College). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information
Share/Save