Suntikan vena tali pusat selepas kelahiran untuk pengurusan plasenta yang tertahan

Apakah isunya?

Plasenta membekalkan pemakanan berkhasiat kepada bayi di dalam rahim (uterus) melalui tali pusat. Ia biasanya keluar sejurus selepas bayi. Sekiranya plasenta masih berada di dalam rahim ('plasenta yang tertahan'), wanita mempunyai peningkatan risiko pendarahan yang tinggi (pendarahan), jangkitan, dan kadang-kadang kematian. Penyingkiran plasenta secara manual melibatkan doktor yang memasukkan tangan mereka melalui faraj ke rahim untuk mengeluarkan plasenta. Walau bagaimanapun, ia memerlukan ubat bius dan boleh memberi kesan sampingan. Penggunaan ubat yang disuntik ke dalam plasenta melalui saluran darah (vena) di tali pusat adalah alternatif yang menarik untuk mengeluarkan plasenta.

Mengapa hal ini penting?

Suntikan larutan oxytocin (hormon yang dikeluarkan dari otak ke dalam darah semasa bersalin) ke tali pusat selepas tali pusat dipotong adalah intervensi yang murah dan mudah yang dapat dilakukan untuk mengeluarkan plasenta. Ia adalah sangat menarik untuk negara berpendapatan rendah di mana tidak ada akses mudah untuk doktor atau dewan bedah.

Apakah bukti yang kami temui?

Kami mencari bukti pada bulan Jun 2020 dan menggabungkan data dari 24 kajian yang melibatkan 2348 wanita.

Suntikan larutan garam (garam) membuat sedikit atau tidak ada perbezaan dalam keperluan mengeluarkan plasenta secara manual dibandingkan dengan menunggu pengeluarannya secara spontan. Terdapat beberapa bukti bahawa suntikan larutan oxytocin ke dalam vena tali pusat mungkin bermanfaat, tetapi banyak kajian adalah berisiko tinggi untuk berat sebelah, hasil yang tidak konsisten, dan manfaatnya hanya dapat dilihat dalam beberapa hasil. Kajian-kajian kecil menunjukkan terdapat kesan suntikan prostaglandin (yang merangsang pengecutan rahim; misoprostol atau carboprost) apabila dibandingkan dengan larutan oxytocin. Satu kajian yang membandingkan larutan carbetosin (yang serupa dengan oxytocin) dengan oxytocin tidak menunjukkan sebarang perbezaan dalam keperluan pengeluaran secara manual.

Apakah maksudnya?

Penggunaan suntikan vena tali pusat untuk plasenta yang tertahan mungkin atau mungkin tidak memberi manfaat kepada wanita dengan plasenta yang tertahan. Suntikan prostaglandin vena tali pusat menunjukkan potensi dan memerlukan lebih banyak kajian.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Nor Amirah Mohd Shukor. Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information