Podcast : Seberapa tepatkah gejala dan pemeriksaan perubatan untuk mendiagnosis penyakit COVID-19 ringan dan pneumonia COVID-19 dalam komuniti dan di hospital?

Cochrane sedang menyiapkan siri ulasan khas untuk membantu pembuat keputusan menangani pandemik COVID-19 dan kesannya, dan kami terus mengemas kini apabila bukti baru tersedia. Salah satu ulasan ini mengkaji ketepatan penggunaan tanda-tanda dan gejala untuk mendiagnosis sama ada seseorang mempunyai penyakit itu. Ia diterbitkan pertama kali pada Jun 2020 dan telah dikemas kini pada Februari 2021. Di sini penulis utama, Thomas Struyf dari Katholieke Universiteit Leuven di Belgium, memberitahu kami mengenai penemuan terkini.

- Baca transkrip

Cochrane sedang menyiapkan siri ulasan khas untuk membantu pembuat keputusan menangani pandemik COVID-19 dan kesannya, dan kami terus mengemas kini apabila bukti baru tersedia. Salah satu ulasan ini mengkaji ketepatan penggunaan tanda-tanda dan gejala untuk mendiagnosis sama ada seseorang mempunyai penyakit itu. Ia diterbitkan pertama kali pada Jun 2020 dan telah dikemas kini pada Februari 2021. Di sini penulis utama, Thomas Struyf dari Katholieke Universiteit Leuven di Belgium, memberitahu kami mengenai penemuan terkini.

Diagnosis penyakit COVID-19 yang tepat adalah penting untuk mengenal pasti individu-individu yang memerlukan rawatan atau mengasingkan diri mereka untuk mencegah penyebaran jangkitan. Adalah juga penting untuk tidak melabel seseorang mempunyai COVID-19 apabila mereka tidak mempunyainya, kerana ini mungkin menyebabkan ujian lebih lanjut, rawatan, pengasingan (diri mereka dan kontak rapat) yang tidak perlu, dan jaminan palsu mengenai mempunyai imuniti pada masa depan.
Ulasan kami meneliti beberapa bukti mengenai perkara ini. Kami ingin mengetahui seberapa tepat gejala-gejala (seperti batuk, demam, atau kehilangan bau atau rasa) dan tanda-tanda dari pemeriksaan perubatan (seperti peningkatan kadar degupan jantung) untuk mendiagnosis COVID-19. Kami berharap untuk mengasingkan diagnosis penyakit ringan dan pneumonia COVID-19, tetapi kajian-kajian tersebut tidak membezakan dengan jelas antara kedua-duanya, maka kami mengemukakan gabungan penemuan untuk kedua-duanya.
Kami mencari kajian-kajian yang diterbitkan dari Januari 2020 hingga Julai 2020 dan kami dapat menyertakan 44 kajian, dengan jumlah pesakit di bawah 27,000 orang. Kajian-kajian ini menyelidik 84 gejala-gejala dan tanda-tanda individu yang berbeza. 
Ketepatan gejala-gejala dan tanda-tanda individu berbeza secara meluas antara kajian. Dalam semua kecuali dua kajian, diagnosis COVID-19 disahkan oleh ujian makmal sedia ada yang paling tepat. Kebanyakan kajian dijalankan di persekitaran pesakit luar hospital, yang bermakna bahawa keputusan-keputusan itu mungkin tidak mewakili sepenuhnya apa yang berlaku di persekitaran penjagaan primer. Kajian-kajian itu juga memilih peserta dengan cara yang bermaksud ketepatan ujian berdasarkan gejala-gejala dan tanda-tanda mungkin tidak dipastikan.
Dua gejala yang paling kerap dikaji adalah batuk dan demam. Keputusan-keputusan dari kajian-kajian ini menunjukkan bahawa bagi setiap 1000 orang dewasa dengan satu atau kedua-dua gejala ini, kira-kira 210 orang akan mempunyai COVID-19. Secara purata, 655 daripada 1000 akan mempunyai batuk, yang mana 142 daripadanya akan menghidap COVID-19. Sebaliknya, daripada 345 pesakit tanpa batuk, 68 akan menghidap COVID-19.
Dalam sekumpulan 1000 orang yang sama, 371 pesakit akan mempunyai demam dan secara purata, 113 daripadanya akan menghidap COVID-19, bermakna 97 daripada 629 pesakit tanpa demam sebenarnya akan menghidap COVID-19.
Ringkasnya, ulasan kami terhadap penyelidikan sehingga Julai 2020 menunjukkan bahawa tiada satu gejala atau tanda yang baik untuk mengesan sama ada seseorang mempunyai COVID-19. Walau bagaimanapun, kehadiran batuk atau suhu tinggi mungkin berguna untuk mengenal pasti orang yang mungkin mempunyai COVID-19 dan kami juga mendapati bahawa kehilangan rasa atau bau boleh digunakan sebagai petanda bahaya untuk kehadiran penyakit ini. Kami tidak menemui sebarang kajian yang mengkaji ketepatan beberapa gejala-gejala dan tanda-tanda digunakan bersama-sama, yang berlaku dalam amalan biasa; tetapi kami akan terus mengemas kini ulasan ini secara berkala untuk mendapatkan sebarang kajian sedemikian dan memastikan ringkasan bukti ini dikemas kini.

Sekiranya anda ingin membaca ulasan versi terkini ini dan melihat kemas kini akan datang, ia tersedia atas talian secara percuma di Cochrane Library dot com. Layari laman sesawang ini dan cari “Tanda-tanda dan gejala COVID-19.

Diterjemah oleh Muhammad Faiz Mohd Adenan (University of New South Wales, Sydney). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia.

Tutup transkrip