Langkau ke kandungan utama

Isoflavones untuk hiperkolesterolemia

Hiperkolesterolemia adalah kehadiran tahap kolesterol yang tinggi di dalam darah. Dalam manusia, hiperkolesterolemia kerap disebabkan oleh tahap kolesterol berketumpatan rendah (LDL) yang tinggi, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’. Orang dengan hiperkolesterolemia mempunyai risiko mengalami penyakit-penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung atau strok. Isoflavon, yang merupakan bahan kimia dalam tumbuhan yang serupa kepada fito-estrogen, mungkin membantu dalam memperbaikan hiperkolesterolemia. Soya dan semanggi merah adalah sumber isoflavon yang kaya. Orang Asia mengambil lebih banyak isoflavon daripada diet biasa mereka berbanding dengan orang Barat.

Untuk menilai kesan isoflavon terhadap rawatan hiperkolesterolemia, kami telah memeriksa lima kajian terkawal rawak dengan isoflavon atau protein soya yang mengandungi isoflavon. Kajian berlangsung selama tiga hingga enam bulan dan melibatkan 208 peserta. Tiada data hasil tentang kematian disebabkan sebarang akibat, peristiwa-peristiwa kardiovaskular seperti serangan jantung atau strok, morbiditi, komplikasi, kualiti hidup dan kos berkaitan kesihatan. Dua kajian telah melaporkan kesan-kesan buruk, termasuk ketidakselesaan gastrointestinal (perut kembung dan sembelit) dan juga peningkatan bilangan demam panas. Mereka tidak melihat sebarang peristiwa buruk yang serius. Dalam kajian yang telah disertakan, kami tidak menemui kesan isoflavon terhadap penurunan kolesterol. Walau bagaimanapun, kualiti kajian yang telah disertakan mempunyai beberapa batasan yang besar dan bilangan peserta yang rendah. Kajian yang lebih berkualiti tinggi dan rapi terhadap hasil kepentingan pesakit seperti penyakit-penyakit kardiovaskular dan kualiti hidup berkaitan kesihatan yang lebih lanjut adalah diperlukan.

Nota terjemahan

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Khaw Loke Tim (IMU University).

Petikan
Qin Y, Niu K, Zeng Y, Liu P, Yi L, Zhang T, Zhang QY, Zhu JD, Mi MT. Isoflavones for hypercholesterolaemia in adults. Cochrane Database of Systematic Reviews 2013, Issue 6. Art. No.: CD009518. DOI: 10.1002/14651858.CD009518.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan