Langkau ke kandungan utama

Ibuprofen oral sebagai rawatan akut sakit kepala tekanan episodik dalam kalangan orang dewasa

Sakit kepala tekanan episodik (TTH) kerap ditakrifkan sebagai serangan sakit kepala yang berlaku antara satu hingga 14 kali sebulan. Penyakit ini menyebabkan banyak ketidakupayaan, dan menjejaskan tumpuan serta kebolehan bekerja dengan lancar. Apabila serangan sakit kepala berlaku, kesakitannya biasanya beransur-ansur hilang.

Ibuprofen merupakan ubat tahan sakit yang boleh digunakan tanpa memerlukan preskripsi di kebanyakan tempat di dunia. Dos biasa ialah 400 mg yang diambil melalui mulut.

Kami telah mencari literatur pada Januari 2015 dan mengenalpasti 12 kajian yang melibatkan sejumlah 3094 orang peserta. Kira-kira 1800 peserta terlibat dalam kajian yang membanding ibuprofen dos 400 mg dengan plasebo. Yang lain terlibat dalam kajian dos ibuprofen yang lebih rendah, atau yang berbeza jenis, ataupun dibandingkan dengan ubat aktif lain.

Hasil yang diperkenan Persatuan Sakit Kepala Antarabangsa (IHS) ialah keadaan bebas sakit selepas dua jam. Hasil ini dilaporkan oleh 23 daripada 100 orang yang mengambil ibuprofen 400 mg, dan dalam 16 daripada 100 peserta yang mengambil plasebo. Hasil ini adalah ketara dari segi statistik, namun hanya 7 orang (23 tolak 16) daripada 100 memperoleh manfaat yang khusus disebabkan ibuprofen 400 mg.

IHS turut mengesyorkan titik hasil yang lain, namun hanya beberapa titik hasil tersebut sahaja yang dilaporkan secara konsisten agar layak diterapkan. Orang yang mengalami sakit menghargai hasil di mana mereka mengalami kesakitan yang tidak lebih buruk daripada kesakitan ringan, tetapi ini tidak dilaporkan oleh mana-mana kajian.

Kira-kira 4 daripada 100 orang peserta yang mengambil ibuprofen 400 mg mengalami kesan buruk yang berkaitan dengan penggunaan ibuprofen, sama seperti plasebo. Tiada kesan buruk yang parah dilaporkan.

Terdapat persoalanan tentang cara kajian terhadap sakit kepala jenis ini dikendalikan. Persoalan ini melibatkan jenis peserta yang dipilih untuk kajian-kajian tersebut, dan titik hasil yang dilaporkan. Ini mengehadkan kebergunaan keputusan, terutamanya bagi orang yang hanya mengalami sakit kepala sekali-sekala.

Nota terjemahan

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Nathanael Lee Yong Sheng (Hospital Seberang Jaya). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia).

Petikan
Derry S, Wiffen PJ, Moore RA, Bendtsen L. Ibuprofen for acute treatment of episodic tension-type headache in adults. Cochrane Database of Systematic Reviews 2015, Issue 7. Art. No.: CD011474. DOI: 10.1002/14651858.CD011474.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan