Mesej utama
– Bukti terkini mencadangkan bahawa pelabelan kalori (tenaga) pada menu, dan pada atau di sebelah produk, membawa kepada pengurangan dalam kalori yang dipilih dan dibeli daripada makanan dan minuman tidak beralkohol. Bukti untuk penggunaan (makan) mencadangkan kesan yang sama, tetapi terdapat bukti yang kurang dan kualiti yang lebih rendah.
– Tidak ada bukti yang mencukupi untuk menganggarkan kesan pelabelan kalori untuk minuman beralkohol.
– Pelabelan kalori pada makanan boleh membawa kepada impak yang bermakna dan berpotensi terhadap kesihatan penduduk semasa digunakan pada skala, tetapi kami memerlukan lebih banyak kajian berkualiti tinggi untuk penggunaan dan untuk produk beralkohol.
Mengapa meletakkan label kalori pada produk?
Pengambilan makanan secara berlebihan dan penggunaan sebarang produk beralkohol adalah sebab penting untuk kesihatan yang kurang baik. Pelabelan menu dan pembungkusan produk menunjukkan berapa banyak tenaga yang terdapat di dalamnya (kalori, yang diukur dalam kilokalori), yang boleh mengurangkan jumlah yang dibeli oleh orang dan yang dimakan, dan membantu mereka memilih pilihan yang lebih sihat.
Apa yang kami ingin tahu?
Kami telah menyiasat sama ada penambahan pelabelan kalori kepada makanan (termasuk minuman tidak beralkohol) dan minuman beralkohol mengubah pemilihan orang dan penggunaan produk tersebut.
Apakah yang kami lakukan?
Kami telah mencari kajian yang membandingkan kesan pelabelan produk dengan tiada pelabelan produk pada pilihan dan penggunaan makanan dan minuman pada orang sebarang umur. Kami telah membandingkan dan merumuskan keputusan, dan menilai keyakinan kami terhadap bukti, berdasarkan faktor seperti kaedah dan saiz kajian.
Apa yang kami temui?
Kami telah menemui 25 kajian, kesemuanya telah dijalankan di negara berpendapatan tinggi. Dua puluh tiga kajian telah melibatkan makanan, sementara dua kajian melibatkan makanan dan produk beralkohol. Kebanyakan daripada kajian telah dijalankan dalam persekitaran dunia nyata seperti restoran atau pasar raya.
Keputusan utama
Kami telah menemui bahawa penambahan pelabelan kalori pada makanan telah mengurangkan jumlah kalori yang dipilih dengan jumlah kecil (16 kajian, 9850 orang). Sebagai contohnya, sekiranya tidak mempunyai sebarang pelabelan, orang akan memilih satu makanan yang mempunyai 600 kilokalori tetapi, semasa terdapat pelabelan, mereka akan memilih satu makanan yang mempunyai 589 kilokalori (11 kilokalori yang kurang).
Pelabelan kalori pada makanan mungkin mengurangkan penggunaan tenaga (8 kajian, 2134 orang). Sebagai contohnya, sekiranga tidak ada pelabelan, orang akan makan makanan yang mempunyai 600 kilokalori tetapi, semasa terdapat pelabelan, mereka akan memakan makanan yang mempunyai 565 kilokalori (35 kilokalori yang kurang).
Terdapat bukti yang tidak mencukupi untuk menilai kesan pelabelan kalori pada produk beralkohol (pemilihan kalori: 2 kajian, 5756 orang; pemilihan alkohol: 1 kajian, 205 orang).
Apakah batasan bukti?
Kami adalah yakin dengan keputusan berkenaan dengan pelabelan kalori pada pemilihan dan pembelian makanan (termasuk minuman tidak beralkohol). Sebaliknya, kami mempunyai keyakinan sedikit dalam keputusan berkenaan dengan pelabelan kalori terhadap penggunaan makanan (termasuk minuman tidak beralkohol) disebabkan kebanyakan kajian dijalankan di persekitaran makmal untuk jangka masa yang pendek dan bukan kesemua kajian memberikan maklumat yang mencukupi tentang bagaimana mereka telah dijalankan. Kami adalah tidak yakin dengan anggaran kami tentang kesan pelabelan kalori pada produk alkohol disebabkan tiada kajian yang mencukupi.
Sejauh manakah bukti ini terkini?
Ulasan ini terkini sehingga 2 Ogos 2021.
Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Khaw Loke Tim (IMU University).