Langkau ke kandungan utama

Apakah kesan intervensi terapi fizikal sebelum, semasa, dan selepas rawatan kanser kanak-kanak?

Soalan ulasan

Kami mengulas bukti tentang kesan intervensi terapi fizikal, selain daripada intervensi latihan senaman umum, terhadap kualiti hidup kanak-kanak dan remaja yang didiagnosis dengan kanser berbanding dengan kumpulan kawalan kanak-kanak yang mendapat penjagaan piawai, tiada intervensi terapi fizikal atau satu intervensi perbandingan . Kami juga mengulas kejadian bahaya (kesan buruk) yang disebabkan oleh intervensi terapi fizikal. Untuk tujuan ulasan ini, intervensi terapi fizikal yang diminati harus memberi tumpuan kepada melegakan gejala atau menangani kesan sampingan berkaitan terapi (gejala dan gangguan). Kami mengecualikan kajian yang memeriksa intervensi senaman fizikal umum di mana tujuan utamanya adalah untuk meningkatkan kecergasan fizikal melalui senaman aerobik, senaman rintangan atau gabungan latihan senaman fizikal (iaitu gabungan rejimen latihan aerobik dan rintangan).

Latar belakang

Kanak-kanak dan remaja yang menghidap kanser sering mempunyai kesan sampingan dari kanser dan rawatannya. Kesan sampingan ini boleh memberi kesan negatif terhadap kualiti hidup anak dan kemampuan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti harian seperti bermain. Penyelidik telah menjalankan kajian yang meneliti intervensi terapi fizikal pada kanak-kanak dengan kanser. Namun, faedah terapi fizikal adalah tidak jelas.

Ciri-ciri kajian

Bukti adalah terkini sehingga Mac 2020. Kami tidak mengenal pasti kajian yang sesuai.

Keputusan utama

Kami tidak mengenal pasti kajian yang meneliti kesan intervensi terapi fizikal terhadap kualiti hidup kanak-kanak dan remaja yang didiagnosis menghidap kanser, berbanding dengan kumpulan kawalan kanak-kanak yang mendapat penjagaan piawai, tanpa intervensi terapi fizikal atau satu intervensi perbandingan. Oleh itu, tidak ada kesimpulan yang dapat dibuat. Hasil kajian kami menunjukkan bahawa penyelidikan lebih lanjut adalah diperlukan untuk mengkaji kesan intervensi terapi fizikal pada kanak-kanak dan remaja dengan kanser.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Muhammad Amirul Iman bin Ahmad Rizal. Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Petikan
Ospina PA, McComb A, Pritchard-Wiart LE, Eisenstat DD, McNeely ML. Physical therapy interventions, other than general physical exercise interventions, in children and adolescents before, during and following treatment for cancer. Cochrane Database of Systematic Reviews 2021, Issue 8. Art. No.: CD012924. DOI: 10.1002/14651858.CD012924.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan