Langkau ke kandungan utama

Pembaikan hibrid berbanding pembedahan terbuka konvensional untuk aneurisme arkus aorta torasik

Latar belakang

Aneurisme aorta adalah bonjolan atau kebengkakan abnormal yang terjadi di dinding aorta. Aneurisme boleh dikelas berdasarkan bentuk, lokasi (kadang-kadang dilaporkan sebagai zon) dan saiznya. Aneurisme arkus aorta torasik (TAA) adalah kebengkakan di bahagian atas aorta torasik. Anggaran insiden tahunan (bilangan kes baharu dalam populasi dalam jangka masa tertentu) TAA adalah antara 5.6 dan 10.4 kes setiap 100,000 ‘patient-years’. TAA mempengaruhi kebanyakan orang dalam dekad keenam dan ketujuh kehidupan dan berpengaruh sama dalam kalangan lelaki dan wanita. Pengurusan TAA berbeza mengikut tahap dan lokasi aneurisme di sepanjang arkus aorta dan sejarah perubatan pesakit. TAA boleh dirawat dengan pembaikan pembedahan terbuka (prosedur pembedahan yang memerlukan penggantian sebahagian atau total arkus aorta yang berpenyakit) atau pembaikan hibrid (prosedur pembedahan terbuka yang kurang invasif ). Setakat ini, tiada kesepakatan tentang jenis operasi yang menawarkan hasil klinikal terbaik dalam kalangan orang dengan TAA.

Ulasan ini bertujuan untuk menilai keselamatan dan keberkesanan pembaikan hibrid berbanding pembaikan pembedahan terbuka dalam merawat TAA.

Ciri-ciri kajian dan keputusan utama

Kami mencari literatur kajian rawak terkawal (RCT) dan kajian klinikal terkawal (CCT) untuk menilai keberkesanan dan keselamatan HR berbanding OSR untuk merawat TAA. Carian kami sehingga Mac 2021, tidak mengenal pasti sebarang kajian yang memenuhi kriteria penyertaan kami. Kajian berkualiti tinggi perlu untuk membantu memaklumkan profesional penjagaan kesihatan, pembuat dasar, dan para pesakit tentang pilihan rawatan terbaik untuk orang dengan TAA.

Kepastian bukti

Kami tidak menemui RCT dan CCT yang menangani objektif ulasan.

Kesimpulan

RCT dan CCT berkualiti tinggi diperlukan untuk menilai keselamatan dan keberkesanan HR berbanding OSR dengan efektif.

Nota terjemahan

Diterjemah oleh Muhammad Amirul Iman bin Ahmad Rizal (PPM). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Universiti Manipal Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.

Petikan
Elhelali A, Hynes N, Devane D, Sultan S, Kavanagh EP, Morris L, Veerasingam D, Jordan F. Hybrid repair versus conventional open repair for thoracic aortic arch aneurysms. Cochrane Database of Systematic Reviews 2021, Issue 6. Art. No.: CD012923. DOI: 10.1002/14651858.CD012923.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan