Langkau ke kandungan utama

Kawalan pemakanan, aktiviti fizikal dan intervensi tingkah laku untuk rawatan kanak-kanak dengan berat badan berlebihan atau obes dari umur 6 hingga 11 tahun.

Soalan ulasan

Berkesankah kawalan pemakanan, aktiviti fizikal dan intervensi tingkah laku dalam mengurangkan timbangan kanak-kanak yang terlebih berat badan atau obes berumur 6 hinggan 11 tahun?

Latar belakang

Di serata dunia, semakin ramai kanak-kanak telah menjadi obes atau terlebih berat badan. Mereka lebih cenderung mengalami masalah kesihatan, sama ada semasa kanak-kanak dan di dalam kehidupan akan datang. Lebih maklumat diperlukan tentang cara paling berkesan untuk merawat masalah ini.

Ciri-ciri kajian

Kami mendapati terdapat 70 kajian rawak terkawal (kajian yang mana orang-orang dipilih secara rawak untuk salah satu kumpulan rawatan) yang membandingkan rawatan kawalan pemakanan, aktiviti fizikal, dan tingkah laku (di mana tabiat diubah atau diperbaiki) kepada pelbagai kumpulan kawalan yang disampaikan kepada 8461 kanak-kanak obes atau terlebih berat badan berumur 6 hingga 11 tahun. Kami melaporkan kesan-kesan 64 intervensi pelbagai komponen (pelbagai kombinasi kawalan pemakanan dan aktiviti fizikal dan perubahan tingkah laku), empat intervensi aktiviti fizikal dan dua intervensi kawalan pemakanan berbanding tiada intervensi, 'penjagaan biasa' atau terapi-terapi lain jika ia disampaikan pada bahagian intervensi. Kanak-kanak yang terlibat dalam kajian disusuli sehingga enam bulan dan tiga tahun.

Keputusan-keputusan utama

Purata umur kanak-kanak adalah sepuluh tahun. Kebanyakan kajian melaporkan indeks jisim tubuh (BMI) skor z: BMI adalah ukuran lemak badan dan dikira dengan membahagikan berat (dalam kilogram) dengan ketinggian dalam meter berkuasa dua (kg/m²). Dalam kalangan kanak-kanak, BMI kerap diukur dengan mengambilkira jantina dan umur, perubahan berat dan ketinggian sambil kanak-kanak meningkat umur (BMI skor z).

Kami meringkaskan keputusan 37 kajian yang melibatkan 4019 kanak-kanak dengan melaporkan BMI skor z, secara purata adalah 0.06 unit lebih rendah dalam kumpulan intervensi berbanding kumpulan kawalan. Kami meringkaskan keputusan 24 kajian yang melibatkan 2785 kanak-kanak dengan melaporkan BMI, yang secara purata adalah 0.53kg/m2 lebih rendah dalam kumpulan intervensi berbanding dengan kumpulan kawalan. Kami meringkaskan keputusan 17 kajian yang melibatkan 1774 kanak-kanak dengan melaporkan purata berqat 1.45kg lebih rendah dalam kumpulan intervensi berbanding kumpulan kawalan.

Kesan-kesan intervensi lain seperti peningkatan kualiti hidup berkaitan kesihatan adalah kurang jelas. Tiada kajian yang menyiasat kematian dari sebarang sebab, morbiditi atau kesan sosioekonomi. Kejadian buruk yang serius jarang berlaku: hanya dua daripada 31 kajian mempunyai data yang melaporkan sebarang kejadian buruk (4/2105 peserta dalam kumpulan intervensi merubah-tingkah laku berbanding dengan 7/1991 peserta dalam kumpulan bandingan). Bukti adalah terkini sehingga Julai 2016

Kualiti bukti

Kualiti keseluruhan bukti adalah rendah atau sangat rendah, terutamanya kerana keyakinan terbatas dalam perlaksanaan kajian, dan keputusan-keputusan adalah tidak konsisten di antara kajian. Hanya terdapat sejumlah kecil kajian untuk sesetengah hasil, dengan bilangan kecil kanak-kanak yang terlibat.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my.

Petikan
Mead E, Brown T, Rees K, Azevedo LB, Whittaker V, Jones D, Olajide J, Mainardi GM, Corpeleijn E, O'Malley C, Beardsmore E, Al-Khudairy L, Baur L, Metzendorf M-I, Demaio A, Ells LJ. Diet, physical activity and behavioural interventions for the treatment of overweight or obese children from the age of 6 to 11 years. Cochrane Database of Systematic Reviews 2017, Issue 6. Art. No.: CD012651. DOI: 10.1002/14651858.CD012651.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan