Langkau ke kandungan utama

Penapis

Bukti

Buku Panduan/Manual

Berita

Pembedahan pembuangan tiub Fallopion dan ovari yang mengurangkan risiko dalam wanita dengan mutasi gen BRCA1 atau BRCA2

Bantu menambah baik Ringkasan Cochrane – lengkapkan survey ringkas ini

Latar belakang
Mutasi dalam gen 1 kanser payu dara (BRCA1) atau gen 2 kanser payu dara (BRCA2) meningkatkan risiko menghidap beberapa kanser termasuk kanser-kanser payu dara, ovari, tiub dan peritoneal. Ooforektomi-salpingo yang mengurangkan risiko (RRSO) (pembuangan kedua-dua tiub Fallopion dan ovari) biasanya ditawarkan kepada wanita dengan BRCA1, BRCA2 atau kedua-dua mutasi selepas mereka selesai melahirkan anak mereka. Walau bagaimanapun, betapa banyak pengurangan dalam risiko kanser payu dara dan serous gred tinggi (HGSC) pada tiub Fallopion, ovari dan yang ditawarkan oleh RRSO asal peritoneal primer, dan kesan terhadap hasil kesihatan yang lain, masih tidak menentu dan tidak jelas sama ada RRSO berbeza dari segi keberkesanan mengikut jenis mutasi.

Soalan ulasan
Adakah RRSO dalam wanita dengan mutasi dalam gen BRCA1 atau BRCA2 mengurangkan risiko menghidap kanser payu dara dan HSGC dan apakah kesan terhadap risiko kematian (keseluruhan kelangsungan) dan kualiti hidup?

Ciri kajian
Dalam ulasan ini, kami telah menganalisis data daripada 10 kajian bukan rawak (kohort; satu kajian di mana sekumpulan orang yang ditentukan (kohort tersebut) diikuti dari semasa ke semasa, untuk mengkaji perkaitan antara perbezaan rawatan yang diterima dan hasil berikutnya). Semua kajian telah membandingkan RRSO dengan atau tanpa mastektomi yang mengurangkan risiko (RRM; pembedahan pembuangan payu dara) berbanding dengan tanpa RRSO (kemandirian). Bukti adalah terkini sehingga Julai 2017.

Dapatan utama
Termasuk data daripada kedua-dua pembawa mutasi BRCA1 dan BRCA2, analisis ini telah menemui bahawa RRSO mungkin meningkatkan keseluruhan kemandirian, dan mengurangkan kematian daripada HGSC dan kanser payu dara. Apabila dianalisis oleh gen mutasi, terdapat bukti untuk pengurangan risiko HGSC dan kanser payu dara dalam wanita dengan mutasi BRCA1, tetapi mungkin atau mungkin tidak mempunyai kesan terhadap wanita dengan mutasi BRCA2 disebabkan bilangan wanita yang rendah dengan mutasi dalam kajian tersebut. Tiada satu pun kajian yang telah melaporkan tentang patah tulang atau kesan sampingan yang teruk. Kedua-dua RRSO dan RSM mungkin meningkatkan keseluruhan kemandirian, tetapi tidak mengurangkan kematian daripada kanser payu dara. Tiada perlindungan dan perbezaan untuk kematian kanser payu dara berdasarkan umur pada RRSO (50 tahun atau kurang berbanding dengan 50 tahun) dalam pembawa BRCA1 atau BRCA2. RRSO mungkin meningkatkan kualiti hidup berkenaan dengan persepsi risiko kanser ovari.

Kebolehpercayaan bukti
Kebolehpercayaan bukti adalah rendah sehingga sangat rendah disebabkan oleh bilangan peserta yang kecil dan kualiti metodologi kajian yang disertakan adalah rendah.

Apakah kesimpulannya?
RRSO dalam wanita dengan mutasi BRCA1 atau BRCA2 mungkin meningkatkan keseluruhan kemandirian dan mungkin mengurangkan bilangan HGSC dan kematian kanser payu dara apabila wanita dengan mutasi dalam kedua-dua gen digabungkan. RRSO mungkin mengurangkan risiko kematian daripada HGSC dan kanser payu dara dalam wanita dengan mutasi BRCA1, tetapi mungkin atau tidak mungkin mengurangkan risiko untuk pembawa mutasi BRCA2. Keputusan tersebut harus ditafsirkan dengan berhati-hati disebabkan oleh kualiti kaedah kajian yang rendah dan risiko profil bias. Kami tidak boleh membuat sebarang kesimpulan tentang bilangan patah tulang, kualiti hidup keseluruhan, kesan-kesan sampingan untuk RRSO dan kesan RRSO berdasarkan jenis pembedahan yang mengurangkan risiko dan umur pada masa RRSO. Walau bagaimanapun, kami telah menemui kebolehpercayaan bukti adalah sangat rendah, tetapi masih terdapat keperluan untuk kualiti kajian yang besar dan berkualiti tinggi yang harus melihat secara khusus terhadap perbezaan hasil dalam pembawa BRCA1 atau BRCA2.

Nota terjemahan

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ulasan ini. Diterjemah oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Shaun Lee (Monash University Malaysia).

Ulasan Cochrane ini pada asalnya dicipta dalam bahasa Inggeris. Ketepatan terjemahan adalah tanggungjawab pasukan terjemahan yang menghasilkannya. Terjemahan dihasilkan dengan berhati-hati dan mengikut proses standard untuk memastikan kawalan kualiti. Namun, sekiranya berlaku ketidakpadanan, terjemahan yang tidak tepat atau tidak sesuai, versi asal Bahasa Inggeris diutamakan.

Petikan
Eleje GU, Eke AC, Ezebialu IU, Ikechebelu JI, Ugwu EO, Okonkwo OO. Risk-reducing bilateral salpingo-oophorectomy in women with BRCA1 or BRCA2 mutations. Cochrane Database of Systematic Reviews 2018, Issue 8. Art. No.: CD012464. DOI: 10.1002/14651858.CD012464.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan