Langkau ke kandungan utama

Berkongsi maklumat tentang diagnosis dan hasil skizofrenia: bukti daripada kajian klinikal yang direka dengan baik

Latar belakang

Profesional kesihatan mempunyai tanggungjawab untuk memberi maklumat kepada pesakit mereka dengan cara yang mudah difahami, terutamanya apabila keadaan itu teruk dan mengubah hidup. Skizofrenia dan gangguan berkaitan sepertinya adalah penyakit mental serius yang boleh memberi kesan jangka panjang, kesan disruptif kepada kedua-dua pesakit dan penjaga mereka. Cara seseorang diberitahu mereka mempunyai penyakit yang serius dan apa maksud mempunyai penyakit ini boleh mempengaruhi cara mereka menerima diagnosis dan rancangan rawatan mereka yang akhirnya mempengaruhi pemulihan dan pandangan jangka panjang mereka. Pada masa ini, tiada maklumat atau bukti mengenai cara terbaik untuk mendedahkan diagnosis skizofrenia.

Pencarian bukti

Pada bulan Jun 2015 dan Jun 2016, kami meneroka kesusasteraan perubatan dan daftar kajian Kumpulan Skizofrenia Cochrane menggunakan kata kunci yang sesuai untuk mencari sebarang kajian yang menilai kaedah yang membimbing atau membantu para profesional kesihatan cara menyampaikan berita mengenai diagnosis skizofrenia. Kami secara khusus mencari kajian rawak terkawal kerana ia dianggap cara terbaik (piawaian emas) untuk menilai kesan rawatan. Kami mengenal pasti 44 penerbitan dan memeriksa kesemuanya. Daripada jumlah ini, kami memperoleh tujuh laporan kajian penuh yang difikir relevan; namun, tiada kajian yang boleh dimasukkan di dalam ulasan ini.

Kesimpulan

Pada masa ini profesional kesihatan boleh menggunakan maklumat berasaskan bukti yang berkualiti baik untuk membimbing mereka dalam perkongsian berita mengenai diagnosis penyakit fizikal yang serius; walau bagaimanapun, tiada bukti sedia ada tentang perkongsian berita mengenai diagnosis skizofrenia. Ini adalah jurang yang serius dalam pengetahuan yang memerlukan perhatian dan kajian diperlukan dalam bidang ini.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Petikan
Farooq S, Johal RK, Ziff C, Naeem F. Different communication strategies for disclosing a diagnosis of schizophrenia and related disorders. Cochrane Database of Systematic Reviews 2017, Issue 10. Art. No.: CD011707. DOI: 10.1002/14651858.CD011707.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan