Langkau ke kandungan utama

Ubat-ubatan anti-radang bukan steroid (NSAIDs) oral untuk sakit neuropatik dalam orang dewasa

Sakit neuropatik adalah sakit yang datang daripada saraf, saraf tunjang, atau otak yang rosak. Ia adalah berbeza daripada mesej kesakitan yang dibawa melalui saraf yang sihat daripada tisu yang rosak (sebagai contohnya, jatuh atau luka, atau sendi lutut artritis). Sakit neuropatik dirawat dengan ubat-ubatan berbeza yang digunakan untuk sakit disebabkan kerosakan tisu. Ubat-ubatan yang kadang kala digunakan untuk merawat depresi atau epilepsi boleh menjadi efektif dalam sesetengah pesakit dengan sakit neuropatik.

Ubat-ubatan tahan sakit yang kerap digunakan seperti ibuprofen (ubat anti-radang bukan steroid, atau NSAID) biasanya tidak dianggap sebagai efektif dalam merawat sakit neuropatik, tetapi dalam sesetengah bahagian di dunia kerap digunakan untuk keadaan sakit neuropatik.

Pada Mei 2015 kami telah mencari untuk percubaan klinikal di mana oral NSAIDs telah digunakan untuk merawat sakit neuropatik dalam orang dewasa. Kami telah menemui hanya dua kajian kecil yang telah menyertakan 251 peserta yang pernah mengalami sakit pinggang kronik dengan komponen neuropatik, atau mengalami sakit neuropatik selepas kayap. Daripada 251 peserta, 209 adalah dalam kajian ubat eksperimen yang tidak dilesen dan tidak tersedia untuk digunakan.

Keputusan kajian tersebut menunjukkan bahawa tiada perbezaan antara NSAIDs dan plasebo dari segi sakit atau peristiwa buruk (bukti kualiti yang sangat rendah). Tiada bukti yang baik untuk memberitahu sama ada NSAID oral membantu merawat keadaan sakit neuropatik.

Nota terjemahan

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Shaun Lee (Monash University Malaysia).

Petikan
Moore RA, Chi C-C, Wiffen PJ, Derry S, Rice ASC. Oral nonsteroidal anti-inflammatory drugs for neuropathic pain. Cochrane Database of Systematic Reviews 2015, Issue 10. Art. No.: CD010902. DOI: 10.1002/14651858.CD010902.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan