Langkau ke kandungan utama

Xuebijing untuk keracunan paraquat

Paraquat adalah satu herbisida bukan selektif dan biasanya digunakan di seluruh dunia. Pada masa ini, terdapat kekurangan ubat-ubatan yang berkesan untuk penghidap keracunan paraquat. Suntikan Xuebijing adalah persediaan ubatan Cina tradisional yang komplex yang terdiri daripada Flos Carthami, Radix Paeoniae Rubra, Rhizoma Chuanxiong, Radix Salviae Miltiorrhizae dan Radix Angelicae Sinensis. Ulasan ini bertujuan untuk menilai kesan suntikan Xuebijing dalam orang dengan keracunan paraquat. Penyelidik telah mengenal pasti dua kajian yang melibatkan 84 orang. Walaupun terdapat sedikit pengurangan kematian dalam kumpulan orang yang dirawat dengan suntikan Xuebijing, meta-analisis menunjukkan bahawa ia tidak mempunyai kebaikan yang signifikan secara statistik bagi mengurangkan segala punca kematian dikalangan orang yang mengalami keracunan paraquat. Kedua-duanya kajian yang dikaji melibatkan sebilangan kecil peserta dan kualiti methodologi adalah dianggap sebagai teruk. Suntikan Xuebijing mungkin berkesan untuk penghidap keracunan paraquat, tetapi kesannya perlu dibuktikan dengan lebih banyak bukti yang berkualiti tinggi.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Sharifah Halimah Jaafar (Regency Specialist Hosp Sdn Bhd, JB). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Petikan
Deng J, Huo D, Wu Q, Zhu L, Liao Y. Xuebijing for paraquat poisoning. Cochrane Database of Systematic Reviews 2013, Issue 7. Art. No.: CD010109. DOI: 10.1002/14651858.CD010109.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan