Langkau ke kandungan utama

Penyingkiran polip endometrium sebelum rawatan kemandulan

Soalan ulasan

Penulis-penulis Cochrane telah menyiasat sama ada pembuangan polip endometrium dalam wanita yang mengalami masalah kemandulan adalah selamat dan adakah ia meningkatkan kemungkinan kehamilan.

Latar belakang

Polip endometrium, yang merupakan ketumbuhan lapisan rahim yang jinak dan sering dijumpai tanpa gejala, berpotensi mengganggu kesuburan wanita. Ini boleh disebabkan oleh perubahan persekitaran mikro dalam rahim atau disebabkan oleh gangguan fizikal dengan pengangkutan sperma yang menghalang pembuahan dan implantasi embrio berikutnya. Diagnosis ketumbuhan-ketumbuhan tersebut adalah kebanyakannya melalui penggunaan ultrasound semasa penyiasatan rutin sebelum rawatan untuk kemandulan. Penyingkiran polip ini sebelum memulai sebarang rawatan kesuburan telah disarankan sebagai cara untuk meningkatkan hasil keseluruhan rawatan.

Ciri-ciri kajian

Penulis-penulis tidak mengenal pasti sebarang kajian yang dapat dianalisa yang cukup berkualiti untuk membuat sebarang kesimpulan. Pencarian dibuat sedalah sehingga Julai 2014.

Keputusan utama dan kualiti bukti

Akibat kekurangan bukti rawak yang tersedia, pengarang ulasan ini tidak dapat membuat sebarang kesimpulan mengenai penyingkiran polip endometrium secara rutin sebelum rawatan untuk kemandulan. Untuk menjawab soalan ini, kajian yang besar dan terancang adalah diwartakan.

Nota terjemahan

Diterjemah oleh Khoo Jing Hern (Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzamann (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Petikan
Jayaprakasan K, Polanski L, Sahu B, Thornton JG, Raine-Fenning N. Surgical intervention versus expectant management for endometrial polyps in subfertile women. Cochrane Database of Systematic Reviews 2014, Issue 8. Art. No.: CD009592. DOI: 10.1002/14651858.CD009592.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan