Langkau ke kandungan utama

Terapi tambahan losigamone untuk epilepsi fokal

Soalan ulasan

Ulasan ini adalah pengemaskinian untuk satu ulasan yang diterbitkan sebelum ini dalam Pangkalan Data Ulasan Sistematik Cochrane (2018, isu 1) bertajuk 'Terapi tambahan losigamone untuk epilepsi fokal'. Kami telah mengulas bukti tentang keberkesanan dan toleransi terhadap losigamone apabila digunakan sebagai terapi tambahan untuk epilepsi fokal. Kami telah menjumpai dua kajian.

Latar belakang

Epilepsi adalah satu gangguan neurologi yang biasa, yang dihidapi oleh kira-kira 50 juta orang di seluruh dunia; hampir satu pertiga daripada mereka yang mempunyai epilepsi yang tidak dapat dikawal dengan baik dengan ubat antiepilepsi tunggal (AED) dan sering memerlukan rawatan dengan dua atau lebih AED (terapi tambahan). Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, banyak AED yang baru telah dikaji sebagai terapi tambahan untuk epilepsi fokal; losigamone adalah salah satu daripada ubat-ubatan tersebut. Kami ingin tahu sama ada losigamone adalah rawatan yang berkesan dan boleh diterima oleh mereka dengan epilepsi fokal.

Ciri-ciri kajian

Bukti adalah terkini sehingga Ogos 2019. Kami menjumpai dua kajian yang menilai penggunaan losigamone tambahan untuk epilepsi fokal, yang melibatkan seramai 467 peserta berumur 18 tahun ke atas. Kedua-dua kajian itu telah menilai losigamone pada dos 1200 mg/hari atau 1500 mg/hari sebagai terapi tambahan untuk epilepsi fokal.

Keputusan-keputusan utama

Keputusan ulasan ini menunjukkan bahawa peserta yang mengambil losigamone sebagai terapi tambahan lebih cenderung mengurangkan kekerapan sawan mereka sebanyak 50% atau lebih dalam jangka masa pendek; walau bagaimanapun, losigamone telah dikaitkan dengan lebih banyak kesan sampingan apabila diberhentikan pengambilannya berbanding dengan plasebo. Kesan sampingan yang paling kerap disebabkan oleh losigamone adalah pening.

Kualiti bukti

Kami menilai satu kajian sebagai mempunyai kualiti metodologi yang baik manakala kajian yang lain mempunyai kualiti yang tidak diketahui. Kami menilai kualiti bukti keseluruhan untuk hasil-hasil yang dikaji adalah sederhana.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Tan Shing Cheng (Universiti Kebangsaan Malaysia). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi sctan@ukm.edu.my

Petikan
Chen H, He H, Xiao Y, Luo M, Luo H, Wang J. Losigamone add-on therapy for focal epilepsy. Cochrane Database of Systematic Reviews 2019, Issue 12. Art. No.: CD009324. DOI: 10.1002/14651858.CD009324.pub5.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan