Langkau ke kandungan utama

EEG untuk kanak-kanak yang mengalami sawan demam yang kompleks

Latar belakang
Sawan demam boleh dikelaskan sebagai mudah atau kompleks. Sawan demam kompleks dikaitkan dengan suhu tinggi (demam), lebih daripada 15 minit, berlaku lebih daripada sekali dalam masa 24 jam, dan hanya terhad kepada satu sisi badan kanak-kanak. Adalah perkara biasa di sesetengah negara bagi doktor untuk mengesyorkan elektroensefalograf (EEG), yang merekodkan aktiviti elektrik di otak, pada kanak-kanak dengan sawan demam kompleks. EEG boleh membantu mengenal pasti sebab sawan berlaku dan meramalkan risiko sawan pada masa depan.

Ciri-ciri kajian
Penyelidik mencari pangkalan data saintifik untuk kajian rawak terkawal (kajian klinikal di mana orang secara rawak dimasukkan ke dalam satu daripada dua atau lebih kumpulan rawatan; ini dianggap sebagai reka bentuk kajian piawai) yang membandingkan EEG dengan tanpa EEG atau EEG yang tertunda (yang berlaku pada sawan kedua) pada kanak-kanak di bawah usia lima tahun dengan sawan demam kompleks yang pertama. Penyelidik merancang untuk melihat bilangan sawan yang berlaku pada 1, 6, 12, dan 24 bulan selepas EEG.

Keputusan utama dan kualiti bukti
Penyelidik cuba mencari semua sumber yang mungkin tetapi tidak dapat mencari sebarang kajian rawak terkawal untuk menangani isu tersebut sehingga 12 Mac 2019. Penyelidik membuat kesimpulan bahawa tiada bukti yang berkualiti tinggi untuk menyokong atau menolak penggunaan EEG dan masa selepas sawan demam kompleks pada kanak-kanak. Oleh itu, kajian rawak terkawal yang direka dengan baik diperlukan. Penyelidik berhasrat untuk mengemas kini ulasan ini dengan kerap dengan harapan kajian rawak baru akan dilaporkan pada masa akan datang.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Petikan
Shah PB, James S, Elayaraja S. EEG for children with complex febrile seizures. Cochrane Database of Systematic Reviews 2020, Issue 4. Art. No.: CD009196. DOI: 10.1002/14651858.CD009196.pub5.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan