Langkau ke kandungan utama

Emulsi lipid alternatif yang baru berbanding emulsi lipid konvensional berasaskan soya tulen untuk nutrisi intravena dalam bayi-bayi pramatang.

Soalan ulasan: Adakah alternatif baru emulsi lipid lebih baik daripada emulsi lipid konvensional berasaskan minyak kacang soya tulen untuk meningkatkan hasil dalam kalangan bayi pramatang?

Latar belakang: Bayi pramatang yang memerlukan nutrisi melalui talian intravena telah diberikan emulsi lipid konvensional berasaskan minyak soya yang tulen. Kandungan asid lemak poli-taktepu (polyunsaturated fatty acid atau PUFA) yang tinggi dalam emulsi berasaskan minyak soya tulen boleh membahayakan bayi pramatang. Emulsi lipid (LE) yang baru daripada sumber lipid alternatif dengan kandungan PUFA yang dikurangkan boleh meningkatkan hasil klinikal pada bayi pramatang.

Ciri-ciri kajian: Penulis ulasan telah mencari penulisan perubatan dan mengenal pasti lima belas kajian yang layak (melibatkan 979 bayi).

Penemuan utama: Semua LE dalam kajian ini kelihatan selamat dan telah diterima dengan baik oleh bayi pramatang. Kajian ini tidak menemui sebarang perbezaan yang signifikan dalam hasil klinikal utama seperti kematian, pembesaran, penyakit paru-paru atau penyakit mata yang teruk (retinopati pramatang ≥ peringkat 3) dengan penggunaan alternatif LE yang terkini berbanding LE konvensional berasaskan minyak soya tulen.

Kesimpulan: Berdasarkan ulasan ini, terdapat kurang bukti untuk mengesyorkan mana-mana alternatif LE yang lebih baru berbanding LE konvensional berasaskan minyak soya tulen atau sebaliknya. Kajian lanjut diperlukan untuk menilai keberkesanan LE yang lebih baru berbanding dengan LE konvensional berasaskan soya tulen untuk bayi pramatang.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Foo Sook Lee (Penang Medical College). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Petikan
Kapoor V, Glover R, Malviya MN. Alternative lipid emulsions versus pure soy oil based lipid emulsions for parenterally fed preterm infants. Cochrane Database of Systematic Reviews 2015, Issue 12. Art. No.: CD009172. DOI: 10.1002/14651858.CD009172.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan