Langkau ke kandungan utama

Tiada bukti yang cukup untuk menyimpulkan kesan pentoxifylline dalam kalangan pesakit dengan hepatitis alkoholik 

Juga terdapat dalam

Hepatitis adalah kecederaan radang pada hati. Alkohol adalah toksik kepada hati, dan alkohol yang terlampau banyak boleh menyebabkan hepatitis alkoholik. Bentuk hepatitis alkoholik yang teruk mengancam nyawa. Penggunaan pentoxifylline sebagai rawatan untuk hepatitis alkoholik tidak dapat disokong atau ditolak berdasarkan bukti terbaik sedia ada hari ini. Kami mendapati lima kajian rawak, yang bersama-sama memasukkan 336 peserta; separuh menerima pentoxifylline, dan separuh lagi menerima plasebo atau tanpa intervensi. Kami melakukan ulasan sistematik dan analisis statistik tetapi tidak dapat menunjukkan bukti yang kukuh tentang kesan manfaat pentoxifylline terhadap kematian atau komplikasi penyakit hati dalam kalangan pesakit dengan hepatitis alkoholik. Pentoxifylline dilihat menyebabkan kesan sampingan lebih serius dan tidak serius. Untuk membantu memutuskan sama ada pentoxifylline harus diguna untuk merawat hepatitis alkoholik atau tidak, kami memerlukan kajian klinikal rawak yang direka bentuk dengan baik, dijalankan dengan baik, dan besar, dengan data jangka pendek (kurang dari satu bulan) dan jangka panjang (lebih dari satu bulan) tentang manfaat dan mudarat.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com.

Petikan
Whitfield K, Rambaldi A, Wetterslev J, Gluud C. Pentoxifylline for alcoholic hepatitis. Cochrane Database of Systematic Reviews 2021, Issue 6. Art. No.: CD007339. DOI: 10.1002/14651858.CD007339.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan