Langkau ke kandungan utama

Immunotherapy aktif antigen khusus untuk kanser ovari

Latar belakang
Kanser ovari adalah punca utama kematian daripada kanser-kanser ginekologi. Terapi standard terdiri daripada pembedahan dan kemoterapi. Tindak balas kepada kemoterapi biasanya baik; walau bagaimanapun, kebanyakan wanita mengalami kambuh semula, yang mana tiada rawatan yang boleh merawatnya. Kewujudan sel imun tertentu dalam tumor dikaitkan dengan kelangsungan hidup yang lebih lama. Ini menunjukkan bahawa rangsangan tindak balas imun anti-tumor (imunoterapi) mungkin merupakan pendekatan yang berguna untuk meningkatkan hasil dalam kalangan wanita dengan kanser ovari.

Soalan ulasan
Ulasan ini telah menilai kebolehgunaan imunoterapi aktif antigen khusus. Imunoterapi aktif antigen khusus bertujuan untuk mendorong tindak balas imun anti-tumor dengan memberikan antigen tumor - satu molekul yang ditunjukkan oleh sel-sel tumor dan tidak ditunjukkan dengan sel yang sihat. Pengulas mengumpul maklumat mengenai hasil klinikal, tindak balas imunologi dan kesan sampingan.

Keputusan-keputusan utama
Kami telah mengenal pasti 67 kajian, termasuk 3632 wanita dengan kanser ovari serta diterbitkan antara tahun 1966 dan 2017. Strategi yang paling sering diterangkan adalah antibodi yang mensasarkan antigen tumor CA-125 (2347 peserta dalam 17 kajian). Kebanyakan kajian ini terutamanya menilai keselamatan dan tindak balas imunologi. Simptom selesema yang teruk dan simptom gastrointestinal berlaku dalam 7% hingga 30% peserta. Penyelidik sering mengesan antibodi dan sel-sel imun yang mengenali antigen tumor CA-125, tetapi kadar tindak balas adalah berbeza-beza antara kajian. Walaupun dengan respon imunologi yang menjanjikan, empat kajian besar telah melaporkan tiada kelebihan kelangsungan hidup bagi peserta yang dirawat dengan antibodi khusus CA-125 dengan plasebo yang diberikan.

Untuk strategi yang tidak bergantung kepada pemberian antibodi, kesimpulan yang sama masih belum didapati. Secara keseluruhan, penulis kajian melaporkan bahawa rawatan tersebut dapat diterima dengan baik dan kesan sampingan keradangan di tempat suntikan paling kerap diperhatikan. Para penyelidik memerhatikan tindak balas sistem imun untuk kebanyakan strategi yang dikaji, tetapi faedah klinikal strategi ini masih perlu dinilai dalam kajian yang lebih besar.

Kepastian bukti dan kesimpulan
Oleh kerana tiada bukti kepastian faedah klinikal yang tinggi yang terdapat pada masa ini, terapi antibodi yang menyasarkan CA-125 tidak harus dimasukkan ke dalam rawatan standard dalam masa ini.

Berdasarkan kekurangan keseragaman dalam kajian-kajian yang termasuk, kami sangat menyokong penggunaan definisi respon universal, garis panduan untuk pelaporan kesan sampingan dan arahan untuk menjalani kajian dan pelaporan percubaan. Selain itu, hasil dari percubaan rawak terkawal (RCTs) yang dijalani adalah dinanti-nantikan dan selanjut RCTs perlu dijalankan.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (International Medical University). Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi peiyee95@hotmail.com.

Petikan
Paijens ST, Leffers N, Daemen T, Helfrich W, Boezen HM, Cohlen BJ, Melief CJM, de Bruyn M, Nijman HW. Antigen-specific active immunotherapy for ovarian cancer. Cochrane Database of Systematic Reviews 2018, Issue 9. Art. No.: CD007287. DOI: 10.1002/14651858.CD007287.pub4.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan