Mesej utama
• Orang ramai mempunyai keputusan yang sama dalam skor simptom dan komplikasi pembedahan sama ada saraf dilepaskan begitu sahaja (penyahmampatan mudah) atau dilepaskan dan dipindahkan ke kedudukan baru di bawah kulit atau otot (transposisi subkutaneus atau submuskular). Kami juga menemui tiada perbezaan besar dari segi skor simptom dan komplikasi pembedahan antara pembedahan yang dilakukan dengan potongan yang besar (penyahmampatan terbuka) dan pembedahan yang dilakukan dengan menggunakan kamera kecil (penyahmampatan endoskopik).
• Ia tidak jelas jika hanya memberi arahan bertulis membantu memperbaiki simptom neuropati ulnar pada siku (UNE), dibandingkan kepada penyahmampatan pembedahan.
• Maklumat bertulis sahaja menambah baikan aktiviti kerja orang dan mengurangkan sakit pada waktu malam sama seperti semasa orang yang juga menggunakan splint atau melakukan senaman.
• Tiada bukti bahawa suntikan kortikosteroid menambah baikan simptom UNE, di mana suntikan dekstrosa seolah-olah mengurangkan sakit semasa diukur pada empat atau 12 bulan kemudian.
Apakah neuropati ulnar?
UNE (semasa saraf ulnar dicubit pada siku) ialah keadaan kedua paling kerap diakibatkan oleh tekanan pada safar (penyahmampatan saraf sindrom) oleh struktur anatomi terdekat, selepas sindrom tunnel carpal. Saraf ulnar bergerak ke bawah bahagian tepi siku dan ia adalah penting untuk pergerakan tangan dan sensasi sentuhan. Simptom UNE adalah kesemutan pada jari keempat dan kelima pada waktu malam, sakit pada siku, dan perubahan pada sensasi sentuhan sekiranya siku dibengkokkan untuk tempoh yang lama. Semasa UNE teruk, sesetengah otot tangan akan menjadi lemah dan lebih kecil atau lebih nipis. Rawatan UNE boleh secara pembedahan atau bukan pembedahan (seperti splint, terapi fizikal, dan rehabilitasi).
Apakah yang kami ingin tahu?
Doktor tidak pasti kaedah terbaik untuk merawat UNE. Kami ingin mengetahui sama ada rawatan yang mana membantu meningkatkan simptom, fungsi saraf, kualiti hidup atau mempunyai sebarang kesan yang tidak diingini. Kami juga ingin mengetahui sama ada satu jenis rawatan adalah lebih baik daripada yang lain.
Apakah yang kami lakukan?
Kami telah mencari kajian yang melihat kepada rawatan untuk UNE.
Kami telah membanding dan merumuskan keputusan kajian tersebut dan menilai keyakinan kami dalam bukti, berdasarkan faktor-faktor tertentu seperti kaedah dan saiz kajian.
Apakah yang kami temui?
Kami telah menyertakan 15 kajian yang melibatkan 970 orang. Enam daripada kajian tersebut adalah baru untuk kemas kini ini.
Lapan kajian telah membandingkan perbezaan jenis pembedahan untuk perangkap saraf ulnar pada siku: pelepasan ulnar mudah (penyahmampatan), menggerakkan saraf kepada kedudukan baru di bawah otot atau bawah kulit (dikenali sebagai transposisi submuskular atau subkutaneus), pengeluaran sebahagian dalam tulang siku (epikondilektomi medial), menggerakkan saraf kepada bahagian depan siku (transposisi depan). Pembedahan terbuka tradisional juga membandingkan dengan kaedah baru yang menggunakan kamera kecil (penyahmampatan endoskopik). Satu kajian membandingkan pembedahan (penyahmampatan) dengan tiada pembedahan (rawatan konservatif). Satu lagi kajian menguji pembedahan yang menyertakan penyahmampatan saraf ditambah dengan menggerakkan saraf di bawah lapisan tisu (transposisi subfascial), dengan atau tanpa sambungan saraf tambahan untuk menyokong otot tangan (satu jenis teknik pemindahan saraf khas yang telah digunakan dalam kes yang teruk). Satu kajian telah melihat kepada sama ada rangsangan elektrik selepas pembedahan boleh membantu otot kecil di dalam tangan untuk pulih.
Empat kajian menguji rawatan bukan pembedahan. Satu kajian telah membandingkan tiga pendekatan dalam orang dengan simptom ringan kepada sederhana: nasihat sahaja, nasihat ditambah dengan pemakaian splint malam, nasihat ditambah dengan senaman peluncuran saraf.
Kajian yang lain telah membandingkan beberapa jenis suntikan yang lain: suntikan kortikosteroid berbanding dengan palsu (sham), kortikosteroid berbanding dengan dekstrosa, dekstrosa berbanding dengan sham.
Keputusan utama
Kami telah menggabungkan keputusan daripada tiga kajian yang telah membandingkan dua teknik pembedahan: penyahmampatan mudah dan saraf ulnar transposisi (subkutaneus atau submuskular). Kami menemui kemungkinan sedikit kepada tiada perbezaan dalam skor simptom dan komplikasi pembedahan antara teknik. Semasa kami menggabungkan dua percubaan yang telah membandingkan penyahmampatan endoskopik dan terbuka, kami menemui terdapat sedikit atau tiada perbezaan antara dua teknik dari segi meningkatkan fungsi klinikal dan komplikasi pembedahan. Para penyelidik menemui tiada perbezaan klinikal antara teknik pembedahan dalam percubaan pembedahan yang lain.
Dalam UNE ringan/ sederhana secara klinikal, maklumat bertulis sahaja mungkin berkesan dalam meningkatkan aktiviti kerja dan mengurangkan sakit pada waktu malam semasa peserta juga menggunakan splint atau melakukan senaman. Suntikan dekstrosa mungkin mengurangkan kesakitan semasa mengukur pada empat atau 12 bulan kemudian. Para penyelidik menemui tiada bukti bahawa suntikan kortikosteroid menambahbaikan simptom UNE.
Apakah batasan bukti?
Secara umumnya, keyakinan kami dalam bukti adalah terhad oleh masalah dengan cara kajian dikendalikan, dan disebabkan mereka tidak menyertakan banyak orang. Kami adalah sederhana yakin terhadap bukti berkenaan dengan pembandingan antara pembedahan terbuka dan endoskopik, sementara kami mempunyai sedikit keyakinan dalam pembandingan antara penyahmampatan mudah dan transposisi.
Sejauh manakah bukti ini terkini?
Ulasan ini mengemaskini ulasan kami sebelum ini. Bukti ini terkini sehingga 18 Julai 2022.
Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia.