Langkau ke kandungan utama

Pencair darah untuk rawatan awal pembekuan darah pada orang dengan kanser

Latar belakang
Orang dengan kanser menghadapi peningkatan risiko pembekuan darah. Pencair darah (antikoagulan) yang diberikan pada beberapa hari pertama selepas mengenal pasti bekuan darah boleh terdiri daripada heparin bukan pecahan (diberi melalui vena), heparin berat molekul rendah (LMWH, disuntik di bawah kulit sekali atau dua kali sehari; dalteparin dan tinzaparin adalah dua jenis heparin berat molekul rendah yang berbeza), atau fondaparinux (disuntik di bawah kulit sekali sehari). Ubat pencair darah ini mempunyai profil keberkesanan dan keselamatan yang berbeza.

Ciri-ciri kajian
Kami mencari pangkalan data saintifik untuk kajian klinikal yang membandingkan pencair darah yang berbeza pada orang dengan kanser dengan diagnosis bekuan yang disahkan pada anggota badan atau dalam paru-paru. Kami menyertakan kajian yang melibatkan orang dewasa dan kanak-kanak dengan tumor pejal atau kanser darah, tanpa mengambil kira jenis rawatan kanser. Kajian-kajian ini melihat pada kematian, pembekuan darah berulang, dan pendarahan. Bukti adalah terkini sehingga Ogos 2021.

Keputusan utama
Kami mengenalpasti 15 kajian secara keseluruhan. Data daripada lima kajian mencadangkan bahawa LMWH mungkin mengurangkan kematian pada tiga bulan berbanding UFH, dan mungkin mengurangkan bekuan berulang dengan sedikit. Kami tidak menemui data untuk membandingkan kesan kedua-dua ubat ini terhadap hasil pendarahan. Juga, kami mendapati bahawa fondaparinux boleh meningkatkan kematian pada tiga bulan, boleh mengakibatkan sedikit atau tiada perbezaan dalam pembekuan berulang dan pendarahan besar, serta mungkin meningkatkan pendarahan kecil. Selain itu, bukti semasa mendapati bahawa dalteparin, sejenis LMWH, boleh mengurangkan kematian dengan sedikit, boleh mengurangkan pembekuan berulangan, boleh meningkatkan sedikit pendarahan besar, dan boleh mengurangkan sedikit pendarahan kecil.

Kepastian bukti
Kami menilai kepastian bukti untuk heparin berat molekul rendah berbanding heparin bukan pecahan adalah rendah untuk semua hasil yang dinilai; untuk fondaparinux berbanding heparin adalah berkepastian rendah, kecuali pendarahan kecil yang merupakan berkepastian sederhana; dan untuk tinzaparin berbanding dalteparin, adalah berkepastian rendah.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (Hospital Keningau). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Petikan
Kahale LA, Matar CF, Hakoum MB, Tsolakian IG, Yosuico VED, Terrenato I, Sperati F, Barba M, Schünemann H, Akl EA. Anticoagulation for the initial treatment of venous thromboembolism in people with cancer. Cochrane Database of Systematic Reviews 2021, Issue 12. Art. No.: CD006649. DOI: 10.1002/14651858.CD006649.pub8.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan