Langkau ke kandungan utama

Tempoh rawatan antibakteria untuk jangkitan saluran kencing yang tidak rumit dalam kalangan wanita

Jangkitan saluran kencing yang tidak rumit (UTI) adalah penyakit lazim yang sering berlaku dalam kalangan wanita muda. Ia disebabkan oleh bakteria yang membiak dalam air kencing, dan pesakit sering mengadu tidak boleh tahan kencing dan sakit yang membakar semasa kencing. Amalan semasa adalah untuk merawat pesakit dengan antibiotik selama tiga hari. Dalam ulasan ini kami memasukkan semua kajian yang membandingkan terapi tiga hari dengan rawatan yang lebih lama (lima hari atau lebih). Rawatan tiga hari adalah cukup untuk mencapai kelegaan simptom bagi kebanyakan pesakit, tetapi terapi yang lebih lama kelihatan lebih baik dari segi penghapusan bakteria air kencing, tidak kira apa antibiotik diguna. Terapi yang lebih lama untuk UTI dikaitkan dengan kadar tindakbalas buruk terhadap antibiotik yang digunakan. Sambil menunggu penyelidikan lanjut, ia boleh dipertimbangkan untuk wanita yang mana membasmi bakteria dalam air kencing adalah penting.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Petikan
Milo G, Katchman E, Paul M, Christiaens T, Baerheim A, Leibovici L. Duration of antibacterial treatment for uncomplicated urinary tract infection in women. Cochrane Database of Systematic Reviews 2005, Issue 2. Art. No.: CD004682. DOI: 10.1002/14651858.CD004682.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan