Langkau ke kandungan utama

Immunoglobulin secara intravena untuk rawatan penyakit Kawasaki kanak-kanak

Bukti baik bahawa rawatan immunoglobulin secara intravena dalam masa 10 hari pertama dengan gejala mengurangkan kecacatan arteri koronari (kerosakan hati) kanak-kanak dengan penyakit Kawasaki. Penyakit Kawasaki adalah penyakit yang memberi kesan terutamanya kepada kanak-kanak di bawah umur lima tahun. Punca penyakit Kawasaki tidak diketahui. Gejala-gejala terdiri daripada demam berterusan, kemerahan mata dan bibir, lidah strawberi, ruam dan kebengkakan nod limfa. Jika tidak dikesan dan dirawat dengan segera, penyakit Kawasaki boleh menyebabkan kerosakan jantung dan kadang-kadang kematian. Immunoglobulin secara intravena melibatkan penyuntikan antibodi yang ditulinkan dari darah yang diderma. Ulasan ujian mendapati bahawa immunoglobulin pemakanan yang diberikan dalam tempoh masa 10 hari pertama penyakit itu mengurangkan risiko kerosakan kepada arteri koronari jantung dalam kanak-kanak, tanpa kesan-kesan buruk yang serius.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Lai Nai Ming (School of Medicine, Faculty of Health and Medical Sciences, Taylor's University, Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini, sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my.

Petikan
Oates-Whitehead RM, Baumer JH, Haines L, Love S, Maconochie IK, Gupta A, Roman K, Dua JS, Flynn I. Intravenous immunoglobulin for the treatment of Kawasaki disease in children. Cochrane Database of Systematic Reviews 2003, Issue 4. Art. No.: CD004000. DOI: 10.1002/14651858.CD004000.