Langkau ke kandungan utama

Salicylate untuk merawat penyakit Kawasaki dalam golongan kanak-kanak dan untuk mengelakkan ketaknormalan jantung jangka masa panjang.

Penyakit Kawasaki merupakan keradangan saluran darah (vaskulitis) yang terutamanya melibatkan kanak-kanak muda dibawah umur lima tahun. Ia pertama kali dikenalpasti di kalangan kanak-kanak di Jepun dan merupakan penyebab terutama penyakit jantung dalam kanak-kanak di negara-negara maju. Penyakit Kawasaki boleh menjadi sukar untuk didiagnosis kerana ia mempunyai gejala-gejala yang serupa dengan banyak jangkitan zaman kanak-kanak. Komplikasi penyakit Kawasaki yang paling penting disebabkan oleh keradangan arteri koronari (jantung) yang membekalkan darah ke otot jantung. Ini boleh menyebabkan masalah jantung dalam masa terdekat dan kerosakan arteri koronari ini juga boleh mempunyai kesan jangka masa panjang. Salicylate (acetyl salicylate asid, aspirin) dan immunoglobulin intravena (IVIG) digunakan secara meluas untuk merawat penyakit Kawasaki, namun salicylate secara amnya dielakguna di golongan kanak-kanak kerana kebimbangan tentang kesan-kesan sampingan yang serius, terutamanya risiko sindrom Reye yang menyebabkan kebengkakan organ otak dan hati.

Para penulis ulasan hanya telah mengenal pasti satu kajian terkawal rawak, dari Jepun yang dilaporkan pada tahun 1991. Sejumlah 102 kanak-kanak telah dirawakkan untuk menerima IVIG dengan atau tanpa salicylate. Tiada manfaat yang jelas tentang penambahan salicylate atas rawatan immunoglobulin terhadap kadar ketaknormalan arteri koronari yang diperhatikan sehingga 30 hari. Penemuan kajian terbentang luas dan mungkin melingkupi kesan baik salicylate. Dari segi teori, terdapat kemanfaatan dalam penggunaan salicylate untuk mencegah kerosakan arteri koronari. Walau bagaimanapun, terdapat kebimbangan mengenai penggunaan aspirin untuk merawat gejala demam di golongan kanak-kanak; iaitu ia boleh membawa kesan sampingan; dan kanak-kanak yang menghidapi penyakit Kawasaki yang dirawat dengan immunoglobulins sememangnya mempunyai kadar ketaknormalan arteri koronari yang sangat rendah.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Julie Yeo (Taylor’s University, Malaysia). Disunting oleh Ernie Yap Sze Wei. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi julieyeohh@gmail.com

Petikan
Baumer JH, Love S, Gupta A, Haines L, Maconochie IK, Dua JS. Salicylate for the treatment of Kawasaki disease in children. Cochrane Database of Systematic Reviews 2006, Issue 4. Art. No.: CD004175. DOI: 10.1002/14651858.CD004175.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan