Langkau ke kandungan utama

Terapi komplementari dan alternatif untuk pengurusan sakit semasa bersalin

Akupuntur dan hipnosis boleh membantu melegakan sakit semasa bersalin, tetapi lebih banyak penyelidikan diperlukan termasuk terapi komplementari lain.

Sakit bersalin boleh menjadi sengit dengan tekanan, kerisauan dan takut yang menjadikannya lebih teruk. Ramai wanita yang ingin bersalin tanpa menggunakan ubat, dan beralih kepada alternatif untuk menguruskansakit. Banyak kaedah alternatif dicuba untuk membantu mengurus sakit dan termasuklah akupunktur, teknik minda badan, urut, refleksologi, ubat herba atau homeopati, hipnosis dan muzik. Kami mendapati bukti bahawa akupunktur dan hipnosis boleh membantu melegakan sakit bersalin. Tiada bukti yang cukup mengenai manfaat muzik, urut, relaksasi, bunyi putih, akupresur, aromaterapi, dan tiada bukti tentang keberkesanan urut atau terapi komplementari lain.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com.

Petikan
Smith CA, Collins CT, Cyna AM, Crowther CA. Complementary and alternative therapies for pain management in labour. Cochrane Database of Systematic Reviews 2006, Issue 4. Art. No.: CD003521. DOI: 10.1002/14651858.CD003521.pub2.